Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, January 18, 2011

Terima kasih suamiku!

Entry ini khas buat en suami..Al Halim namanya.

Sedikit intro.
Dia membesar bagai anak manja. Semua keperluan dan kelengkapan diri disiapkan oleh ibunya.
Sungguh bertuah dia. Dari sebesar² pakaian hingga sekecil²nya, banyak disiapkan oleh si ibu. Mereka hanya dua beradik (seibu sebapa) tapi dia bagai
anak tunggal kerana dia seorang dijaga ibu. Adik di Melaka bersama nenek.
Tapi kini, memang dia menjadi anak tunggal kerana adiknya sudah tiada di dunia ini.
Meninggal kerana menjadi mangsa H1N1.
Al Fatihah.

Ok, berbalik pada cerita saya.
Sejak dia berkahwin dengan saya, memang dia kena dera!
Bermula selesai majlis perkahwinan kami di Kedah, dia sudah saya kerah mencuci pinggan.
Bila kami mula tinggal bersama, dia mula mendobi baju kami sekeluarga.
Sedikit demi sedikit saya bagi pelajaran padanya.
Sapu sampah, kemas rumah, kemas dapur, cuci berak kencing anak dan lain-lain.
Masa saya alahan teruk mengandung kembar, saya dera dia masak nasi goreng.
Mungkin itu pertama kali dia buat seumur hidup dia gamaknya.
Makin lama dia makin mahir. Cuma kadang² dia kembali lupa.
tapi segera saya ingatkan dia tentang tanggungjawab bersama.

Kadang-kadang saya tak sempat nak kemas dapur.
Ada periuk atau belanga kotor, dia cucikan.
Macam tu la kan adat hidup berumah tangga, sama² uruskan.
Bukan semuanya jatuh pada isteri seorang..ye tak?

Pagi tadi, saya jalankan mesin basuh.
Bergegas ke pejabat, terlupa nak bagitau dia perihal baju yang sedang dicuci.
Saya sms dia, takut dia tak jengok belakang, masam pulak baju dalam mesin tu.
Ini mesej saya. Pendek tanpa menyuruh. Bagitau saja!

Sejam kemudian saya terima balasan darinya.
Perghhhh..memang terbaiklah. Memahami isterimu ini
heheheheh

Mesejnya seperti berikut:

Berdekah² saya gelak di pejabat.
Nampak sangat banyak benda yang saya sepahkan kat dalam sinki kan?
Nasib baik ada suami yang rajin macam ni.
Ni yang bertambah-tambah sayang ni.
Rajin le lagi yang...

p/s:
Rasanya kebanyakkan isteri berperasaan seperti saya, mahukan suami yang rajin membantu
dan ringan tulang tanpa perlu disuruh
Berbunga² hati gembira dan suka macam dapat gelang emas besar.
Tak payah kan nak bagi hati isteri gembira, rajin tolong saja jawabnya.
Tapi..kalau dapat set barang kemas + suami yang rajin, lagi gembira gamaknya
hahahahahaha
isshhh..buat susah² saja...:P

5 comments:

Nurul said...

ya..ya..betul. dapat seorang suami yg ringan tulang memang heaven. Macam aku gak, rasanay sejak kawen leh kira ngan jari baper kali aku basuh kain, sidai kain. masa alah dulu, serba serbi suami yg buat. Alhamdulillah..bersyukur sangat

Ms.Lilies said...

dapat gelang emas tu bonus tu hihihi

azieazah said...

Bertuah badan. Lebih untung bila suami tidak terbawa-bawa karenah manja ke dalam rumahtangga.

Ada jenis suami yang takleh langsung masuk dapur, semua tahu ready depan hidung.

Hikhikhik tengok sms tu nak gelak pun.
Tak pasti lak samada dia nak perli mengada atau memang begitu banyak benda dia nak cover bagi pihak isteri. hehehehe
Chopping board pun masuk senarai? Tak sempat siram ek? hehehehe

Softtouch [Hanim] said...

Alhamdulillah cik kiyah dpt suami yg ringan tulang...nasib dia xbwk manja tu dlm rumah tangga..yelah dlm rumah tangga kene ada kerjasama..

N sy pun bersyukur dpt suami yg ringan tulang sbb dia masa bujang mmg xreti urusan rumah nie..Alhamdulillah...

Zakiyah Zainon said...

nisri : tu laa....tapi TJ dulu² manja..dah kawin dengan aku yang ala² ibu tiri ni...terus jadi pandai buat kerja hahahha


mimi : tu la...bonus besaq tu..tapi yang ada pun jarang aku pakai hehehe


kak azie :masa dpt, saya pun kata..perli ka apa laki aku ni hahahaha..tapi tak kisah la kan..:P
chopping board tu bukan kotor, letak buat lapik masa nak tuang bubur baby dalam bekas, pastu dah lewat..tinggal gitu la..saja tu dia nak tunjuk banyak buat keja :P


hanim :org laki ni bukan tak reti, cuma tak mau buat..bila dah buat, ok saja kan..hehehe..ok la tu dia mau berubah..untung hanimm

Related Posts with Thumbnails