Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, January 21, 2011

Udang lipan

Korang pernah dengar tak nama udang lipan.
Ada jugak orang panggil udang ketak tak salah saya.
Masa saya mengandung kembar, tetiba rasa nak makan udang ni.
Rasa nak makan saja, bukan lah sampai tahap teringin atau mengidam sangat.
Kalau dapat, alhamdulillah.
Kalau tak dapat, tak dak la sampai menangis hentak² kaki guling² nak jugak.
Takkk.....takk

Masa cuti Thaipusam semalam, saya ke Kipmart nak beli kepala ikan mau bikin sup!
Sekali lalu kat stall depan sekali..toiingggg..nampak udang ni.
Ter-stop seketika.
Dok tengok² macam nak beli, tapi mahai sangat, sepiring RM6 tak salah saya.
Dah la tak dak telur. Kecik² pulak tu.
Kalau kat kedah...perrgghhh..siap boleh pilih². Pastu murah tak ingat!
Masaknya senang saja...saya suka rebus lepas tu ratah cicah dengan ayaq asam.

Masa kita dok cari dia langsung tak dak. Sampai setiap gerai yang jual ikan saya tanya.
Tapi jawapan semuanya tak dak, payah nak dapat udang tu dan lain² lagi.
Ada kawan² bagitau jumpa udang ni kat Tesco la, pasar pandan la..
tapi saya tak la gigih nak terjah sampai ke sana sebab saya bukan tahap mengidam
ditambah badan yang memang tak berapa kuat dan gagah macam sekarang.
Tak dapat pun rasanya tak kempunan.

Pernah jumpa kat Melaka masa pi beli ikan kat Telok Gong.
Ada 2 ekoq saja kat terlekat kat pukat.
Ehhh.....saya terus mintak nak beli.
Nelayan tu tanya " makan ke? ambil la"
Apa lagi..saya sapu la...dah la ada telur banyak.
balik rebus bagi mak mentua, biras dan hubby rasa. Baru depa tau sedapnya udang tu.
Rasa macam isi ketam pun ada!

p/s:
nak tau udang ni ada telur kat dak, tengok kat atasnya.
Kalau ada kaler kuning, telur la tu!

2 comments:

azieazah said...

Memang susah nak jumpa udang lipan ni. Bermusim agaknya.
Kak Azie ada ler makan masa kecik dulu, Sekarang dah tak jumpa pun.

Kata mak Kak Azie, udang ni ubat utk anak yang kencing malam. Ntah betul ke tidak...

Zakiyah Zainon said...

udang ni di eksport ke china dan hongkong katanya...depa suka makan udang ni...
kat kedah, dulu2 org kampung jarang makan udang ni sbab isi sikit..kalau dapat depa buang saja, tapi lepas tau nilai, baru kalut juai, siap ada perusahaan perisi isi udang ni, pastu hantar ke hotel-hotel

Related Posts with Thumbnails