Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, February 1, 2011

39000

eh! meter kereta pun nak buat entry ka?
Ini moment yang saya nak abadikan dalam blog saya.
Bolehla kan? Blog saya, sapa nak marah kan?
Kereta saya terkini (sehingga kini) adalah MyV.
Dibeli pada Julai 2008 setelah saya berpindah ke Pasir Gudang.
Dulu, saya pakai kancil. Beli pun secondhand saja.
Masa kat tempat kerja lama, semua orang pakai kereta cantik dan baru.
Kancil saya saja yang buruk dan bertampung - bonet colour lain dari colour body.
Ada aku kesah?? Memang saya tak kisah.
Sampaikan driver pun pernah suruh saya tukar kereta baru.
Saya kata " tak palaa..saya tak mampu. Ni kereta cari makan".
Memang saya guna kereta tu sampai habis bayar. Sampai saya dapat tukar ke Johor.
Dan saya tinggalkan kereta tu kat kampung untuk mak abah saya guna.
Kalau tak kerana pindah, rasanya saya masih pakai kancil tu lagi.
Banyak jasa tu!
Alhamdulillah, now dengan MyV ni saya guna untuk cari makan lagi.
Balik kampung Kedah dengan kereta ni rasanya adalah 4 kali kot.
Banyaknya mengangkut kami sekeluarga balik ke Singapura.
Bulan Julai ni genapla 3 tahun dia dengan saya.
Dua tahun setengah ni baru 39000 km perjalanan dia bersama saya.
Sepupu saya yang beli kereta ni sama dengan saya pun dah lebih 60000km jauh berjalannya.
Dah tukar tayar pun!
Dalam hati "ada hati" nak tukar MPV. Tapi, dalam hati sajala!
Tunggu dulu, lagi boleh guna, guna dulu.
Kalau ikut hati, mati.
So, ikutla kemampuan duit sendiri, iye dak?

2 comments:

Softtouch [Hanim] said...

oklah tu myvi..sy suka..sy pakai kelisa n dah abis byr dah..ikut hati mmg nk tukar tp mcm tmbah utang lagi..biarlah dulu n tunggu kereta suami sy abis dulu..

selagi boleh guna, sy pakai jer...

Anonymous said...

dah hampir 3 tahun baru meter 39k?..bagusnyer...alza sya baru bulan 4/2010..meter pun dah 35k...

Related Posts with Thumbnails