Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, February 21, 2011

Abang demam campak

Rasanya semua yang ikut blog ni maklum, baby abang tengah demam.
Kisah abang mula demam kat sini.
4 malam ibu huru hara.
Malam ke 2, abang demam, ibu dah jadi 'neng yatimah'.
Ayah pi keja, adik pun demam 'suam-suam' naik gigi. Kakak buat feel tak mau tido.
Suruh lena, dia kata " kakak nak sleep dengan ibu kakak".
Yang ibu ni dok peluk abang, panas dah 39 degree.

Last-last, call encik suami. Dia baru sampai opis.
Potpet-potpet, ayah balik padahal baru je sampai tempat keja.
Tu la..tadi aku kata tak yah pi keja, ayah kata kena pi jugak. Kan dah kena balik heheheh
Ayah sampai rumah pukul 1++am. Masa tu suhu abang dah turun skit around 38.
Tak turun sangat suhu walaupun dah bagi ubat.
Ayah ajak pi klinik..ibu kat nanti dulu.
Siap lena seround sambil duduk peluk abang.
Sejak abang demam, memang ibu tido duduk peluk abang kat atas dada.

Pukul 3++ am, check suhu abang...39.7 balik.
Gerak ayah. Jom pi klinik.
Pepagi buta, mengangkut anak-anak masuk kereta. Takkan nak tinggai kot.
Kakak ngan adik pun ikut sama pi klinik.
Ibu bawak abang jumpa doktor, ayah tunggu kakak ngan adik dalam kereta.
Doktor pulak tengah lena. Yerlah..dah tak dak patient, lena la kan..buat apa lagi.

Pumpang-pumpang..cucuk ubat kot m*ntot.
Doktor suruh buat rawatan sponging. Katanya dalam sejam suhunya boleh turun 1 degree.
Saya kata, saya dah buat dari pukul 10..sama saja.
Doktor kata buat lagi. Yer lah..apa lagi nak buat!

Hari Jumaat, ibu balik Singapore. Sana ada nenek boleh bantu2 ibu jaga baby.
2 malam pula huru hara dengan nenek. Sekali dengan nenek tido lepak dengan ibu.
Petang Ahad, badan baby dah ok. Panas dah hilang,
Maghrib sampai ke Pasir Gudang, belek2 muka abang sebab nampak banyak ruam halus.
Arrghhh..campak sekam ni!
Patutla panas badannya bukan main lagi.

Muka abang yang dah menggerutu dengan campak halus.
Ondway nak pi klinik ni.

7 comments:

Zaher said...

wowww...kasi abg minum & mandi air suam campur daun mambu byk2...dari kaki ke kpla..pagi dan sblum mghrb.

jg2!!pntg 60 hari jgn bg kena hujan tau..klu x, nnt x hensem cam pak njang dah la..ha3

Nurul said...

semoga cepat sihat eh abg...

Zakiyah Zainon said...

adik : cuba mai dok tang ni tolong2 apa yang patut...kakakmu ini dah pening2 lalat ni

nisri : tq dear!

macik said...

ala hlg la kehenseman abg mcm ni..
hehe..

Si Kandil Hijau said...

kesian abang.

Si Kandil Hijau said...

kesian abang.

Softtouch [Hanim] said...

sian abg...campak yer...moga abg cpt sembuh..mesti gatal tu...cr daun bambu letak kat tmpat dia tido tu...

Related Posts with Thumbnails