Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, February 17, 2011

Abang demam

Sejak dilahirkan sehingga 17 Februari,
inilah kali pertama abang demam. Sebelum ni cuma badan suam-suam saja.
Demam pulak di malam hari. Kena pulak ayah kerja shift malam.
Itu yang ibu terpaksa men'tarzan'kan diri.
Kena lagi best, adik pun tak berapa sihat, demam tumbuh gigi.
Adoiiii....ngilu lagi syahdu jiwa ibu ni hadapi semua ni sorang-sorang
di tengah malam yang kelam.
uhuk!

Lepas tampal koolfever (dewasa punya) balance kakak deman hari tu,
ibu bagi abang ubat dan susu.
Lap-lap badan dan basahkan kepala, sat-sat cucuk termometer.
Sampai suhu dan ok ibu letak abang kat bawah nak bagi lena.
Idak mahu yooooo!
Nangis merengek-rengek ala-ala manja mula bergema di malam yang sunyi sepi.
Ibu pun angkat la masuk celah kaki ibu.
Sat saja terus lena.

Dekat pukul 4 baru ibu dapat baring. Sebelum tu lelap 'ala-ala' sambil duduk.
Hari ni terpaksa la EL. Abang tak masih demam.
Adik dah ok.
Kakak dan adik, ibu hantar ke rumah pengasuh.
Type entry ni sambil tunggu ayah balik nak pi hospital.

p/s:
Buat anak agak mudah.
Tapi nak menjaga, mengasuh dan mendidik memang banyak cabarannya.
Sebab tu ada kes 'bapa gila' yang sanggup campak anak sebab anaknya menangis dan bising
padanya!
Memang sewel manusia tu!

2 comments:

Zaher said...

aadeiii...demam plak hero nii...syafakallah

Softtouch [Hanim] said...

alo....demam ye abg...deman nk besar tu...semoga abg cpt sembuh yer...

Related Posts with Thumbnails