Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, February 28, 2011

Abang hero - sedut kahak

Baby abang sejak lahir memang ada bunyi lendir masa dia bernafas.
Jadi, kalau dia selsema, bunyi kahak tu sangatlah merimaskan orang-orang sekeliling.
Nak bawak dia pi sedut kahak macam kejam sangat rasanya (time tu).
Biarkan saja. Kalau time dia selsema, doktor pun bagi ubat cair kahak.
So bertahanlah abang dengan cara tu.

Dah masuk 7 bulan ni, kahak abang makin banyak.
Time dia batuk, bunyi kahak yang dah cair tu sangat menggeramkan ibu.
Kalau orang dewasa mesti dah tau nak buang kahak tu macamana.
Ini kan budak kecik, dok tersangkut la kat tekak dia tu.
Kalau meleleh kot hidung tu, memang ibu hisap dan sedut dengan jayanya!
Ibu ni risau. Takut kang masuk ke paru-paru! dah satu masalah baru pulak.

Dah tetap hari nak bawak abang ke Hospital Penawar untuk minta doktor sedutkan.
Sekali abang demam pada hari yang sama. Demam yang membawa dia demam campak tu.
Khamis, ayah off. Ibu EL, senang la bergerak.
Adik dah kakak dah selamat pos ke rumah pengasuh.

Doktor check dada, tekak - semua ok tapi banyak lendir.
Tak dak infection. Alhamdulillah. Bincang pi bincang mai, doktor kata ambik 'nab'.
Lepas nab, sedut lendir yang banyak tu.

Masa ambik nab, abang menangis sat saja. Lepas tu lepak atas ibu.
Dah letih gamaknya nak be'rhempaih' dengan ibu.
Akhirnya, abang pasrah.
Time sedut lendir tu, meronta-ronta jugak dia.
Sori sayang, ibu kena buat jugak prosedur tu untuk abang.
Tru-reading, suction ni tak sakit cuma rasa tak selesa saja sebab ada wayar halus yang dimasukkan ikut hidung atau tekak.
Nampak banyak sangat lendir abang yang lalu kot wayar tu.
Now, ok la skit. Tak dak lemaih sangat bunyinya!

No comments:

Related Posts with Thumbnails