Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, February 11, 2011

Aksi adik kini

Adik sekarang dah pandai macam².
Terkini, dah pandai menyembang bahasa bayi tu - "ba-ba-ba-ba-ba-ba".
Menjerit, ketawa mengekek² tu lagi la.
Adik dah boleh 'meyuluq' - kata orang Kedah.
Ke sana sini dia jelajah. Jenuh nak tangkap dia la ni.
Dah mula melutut - ala² nak merangkak tapi gedebuk jatuh meniarap balik!

Adik beraksi di bawah meja kopi.
Captured masa balik Padang Kemunting cuti CNY lepas.
Laju di kayuh. Sangat aktif dan agresif nampaknya si adik ni.
Asal nampak benda yang menarik, laju berdesup dia kayuh.

Now, kalau kat rumah sendiri dah takut nak tinggal adik sorang² kat atas.
Siap pesan kakak, panggil ibu cepat² kalau adik nak ke tangga.
Susun atur kerusi pun saya dan ubah menghalang jaring² tangga yang memang boleh bolos size anak-anak saya ni.
Tengah mencari solution nak tutup lubang² yang sangat membahayakan ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails