Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, February 17, 2011

Blog Mas Kancil - Mangsa SKMM

Ini salah satu blog yang saya suka terjah.
Seawal blognya mula ditulis dengan ramalan² kartu fizik, saya telah mengikutinya.
Pemiliknya memperkenalkan diri sebagai Maskancil, dan sepanjang pembacaan,
saya dapat mengagak yang beliau seorang wanita.
Tapi, entah la.
Dalam dunia internet ni banyak penipuan. Mungkin betul mungkin tidak.

Cuma sejak seminggu lepas, blognya sudah tidak dapat diterjah lagi secara 'halal'.
Terpaksa menggunakan cara lain untuk masuk ke tanahnya.
Rupanya SKMM telah terbekenan dengan blognya.
Isi blognya memang kadang² agak 'panas'.
Kebanyakkannya berkaitan dengan dunia orang² atasan yang mewah dan kaya.
Mungkin ada tulisannya yang 'menggoncang' seseorang yang berkepentingan,
maka terpaksalah SKMM mem-banned blog nya.

Gaya penulisannya sangat bersahaja.
Kadang², ada entrinya yang macam mak menasihati anak-jangan buat perkara yang sama!
Itu pada pandangan saya la..orang lain mungkin berbeza intepretasinya bila membaca tulisannya.

Apapun, moga blog ni dapat kembali aktif.
Ada juga kebaikan bila dia mendedahkan tentang 'sesuatu'.
Masyarakat sekarang sudah bijak membuat penilaian mana yang betul mana yang salah.
Taklah menerima bulat² apa yang didedahkan.
Tapi, kalau blog yang suka mendedahkan sesuatu hal di 'banned',
pasti masyarakat dapat mengagak - mungkin ada benar pendedahannya itu kan!?
hehehehe

4 comments:

prettyorked said...

chekiyah, kalau ada cara nak masuk bagi tau la..nk juga tau kalau2 ada post baru..

Anonymous said...

I pun rindu dgn penulisan dan pendedahan mas kancil..bg tau la cmner nk masuk...?

azue said...

saya pun suka baca blog dia ni. tapi bila tak boleh buka kecewa juga. kalau tahu cara nak masuk boleh tak bagi tahu. TQ.

hajar said...

mungkin juga pendedahan mengenai taib mahmud @ mungkin juga mengenai kerabat bekas permaisuri agong.... sempat juga meneliti setiap tulisannya....

Related Posts with Thumbnails