Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, February 3, 2011

Buah Strawberi & Strawberi Mark

Masa dia dilahirkan, dahinya ada tanda merah.
Ingatkan kesan kena 'apa-apa' semasa proses kelahirannya.
Sekali, tanda di dahi tu tak hilang-hilang. Rupa-rupanyanya, itu lah strawberry mark.
Tanda tu kadang-kadang cerah, ada ketikanya menjadi gelap.
Kalau bulan mengambang, tanda itu sedikit terang berbanding biasa.
Kalau nak demam tu, merahnya akan lebih sedikit.
Ada yang perasan kewujudannya, ada ketika ianya tidak kelihatan.
Itulah tanda yang ada pada dahi anak dara saya.

Semasa saya mengandungkannya, saya sangat gemar akan strawberi.Suka yang amat-amat. Masa mengandungkan kembar pun sama jugak. Kakak sehingga kini sangat suka akan strawberi. Sekotak tu boleh habis sekali harung kalau tak control.

Nasib baik nenek suka belikan stok buah-buahan ni. Penuh peti ais kat rumah kalau dia belikan buah. Oren, epal, anggur, strawberi..macam-macam lagi la. Selamat ibu! hahaha


Tengok dia makan strawberi di pagi hari. Siap dengan Vitagen segala bagai. Nenek la suka sangat melayan cucu girl dia yang sorang ni. Tapi ibu tak kisah, as long as makanan tu semua berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
Mungkin sebab kegemaran ibu yang melampau akan strawberi semasa mengandung menyebabkan anak daraku ini turut menggemari buah ini.

Sebenarnya, twin pun ada tanda merah yang sama kat dahi macam kakak. Tapi tak obvious sangat. Very light! Semua gara-gara strawberi gamaknya ekk..

No comments:

Related Posts with Thumbnails