Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, February 23, 2011

Kakak belajar apa hari ni?


Tetiap hari, dalam kereta time nak balik rumah, ibu akan tanya
"kakak belajar apa hari ni?"
Kakak akan kata " belajar abcdefg....." sampai z dia akan baca.

Tapi kalau nak tau apa yang dia belajar, malam-malam time dia buat homework
atau dia leka main, akan keluarla apa yang dia dah belajar.
Ada doa. Ada lagu. Ada ayat-ayat lazim.
Tapi satu malam tu, tengah ibu dok layan abang dan adik sambil kakak buat homework,
ibu dengar dia macam cakap "syurga itu di bawah tapak kaki ibu".

Ibu pun tegur la " ooo...cikgu ajar kat sekolah ekkk..lagi?"

Kakak pun sambung....tapi bunyi macam slang2 yang kureng skit ibu nak faham.
Jenuh ibu dok mencari nak baca kat kakak balik apa yang dia sebut dalam ayat yang lebih baik.
Ayah lagi la terkebil-kebil tak tau apa kakak sebut.

Pastu ibu ulang balik ayat yang kakak sebut dan tanya dia - ni ka yang cikgu ajaq?
Dia kata ya! Hahahahaha
mengaji hadis anak aku rupanya...

Siap dok ulang macam yang ustazah dia sebut (rasanya) dalam intonasi mengajar u!

hadis yang pertama
"Sesungguhnya, setiap amalan itu dinilai dengan niat"

Cayalah kakak! Tak sia-sia ibu hantar kakak pi sekolah kan!
Ibu siap rekod apa yang kakak baca tu.
Tapi hadis dia bercampur-campur pulak dengan syurga di bawah tapak kaki ibu.
Budak-budak la katakan.....

1 comment:

Si Kandil Hijau said...

caya lah kakak!mcm ustzah betui dgq rekod sora dia..hahaha!

Related Posts with Thumbnails