Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, February 13, 2011

Kesedaran sivik

Kali ni mai cikgu Zakiyah nak cerita pasai kesedaran sivik.
Ala-ala nak berletiaq pun ada ni.
Penting tau kesedaran ini perlu ada dalam diri setiap manusia kalau nak maju.
Jangan angan-angan nak jadi negara maju kalau sikap kita masih buruk dan busuk!

Sikap yang buruk dan busuk yang saya maksudkan ialah buang sampah merata².
Kalau buang sampah pun, kita tak boleh nak disiplinkan diri,
jangan harap la nak maju!
Kadang² sedih tengok, naik kereta besaq, cantik tapi otak kecik , sempit!
Senang cakap bodoh lagi bangang!
Buang sampah main campak saja keluar dari kereta!
Contoh macam kereta kat bawah ni. Memang menyirap darah makngah!

Kes ni masa saya balik ke Melaka cuti CNY lepas.
Masa ni dah masuk jalan menuju ke simpang Tanjung Bidara - Pengkalan Balak.
Time lebih kurang pukul 630 petang.
Tetiba, penumpang kereta ni campak seplastik sampah dari tingkap. Seplastik ok!
Ewah..ewahh...sesuka hati saja ek!
Terus makngah follow. Sekali destinasi kami hampir sama.
Dia belok ke simpang nak ke Pengkalan Balak, cuma saya berhenti di Padang Kemunting,
kereta tu terus. Rasanya dia ke pantai tu, mungkin ke chalet.


Saya seru, pada semua termasuk la diri saya. Janganla ada sikap macam ni kat kita.
Apa salahnya, kumpul dulu dalam plastik tu. Nanti dah sampai destinasi,
buang la plastik tu dalam tong sampah.

Satu lagi yang saya nak bebel sikap pemandu² kat hiway ni.
Tak payah la nak ops Sikap ke 8 ribu pun, kemalangan memang akan tinggi.
Kalau dah gaya bawak kereta nak cepat sokmo.
Memotong sesuka hati..disiplin yilek! Memang tak maju la kita!
Line kecemasan tu main redah saja nak cepat!
Memotong cilok kiri (line kecemasan) - kanan sesuka hati, tu yang macam² jadi tu.
Memang geram! Kita ni dah berhati² bawa kereta, ikut peraturan.
Kang jadi juga mangsa kemalangan dengan orang² yang perangai buruk dan busuk macam ni.
Kalau dia tergolek kemalangan sorang² tak pa jugak, ni dengan orang² yang tak bersalah
terlibat sama.
Itu yang sakit hati tu!

Stop la.
Asal saya bebel, saya yang lagi sakit hati!
Benci tau!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails