Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, February 4, 2011

Kisah Gadget Baru - Part 2

Fuhhh! Saat mata bertentang dengan netbook ni, hati ini terus terpikat.
Asalnya masuk kedai Samsung ni sebab nak belikan monitor untuk encik suami.
Dah siap beli monitor, saja-saja jenguk netbook jenama yang sama.
Sekali...terpesona pula dengan rupa bentuknya.
Asalnya nak cari netbook yang besar skit - 12 inci.
Tapi sebab dah terbekenan dengan netbook samsung ni, 10 inci pun 10 inci la..
Untuk info, spesifikasi terkini netbook:
harga : 1299 - 1399 (bergantung pada jenama dan spec)
processor : N550 (latest) N450(lama skit)
RAM : 1Gb terkini 2Gb
hard disk : latest 320 Gb, biasa 250 Gb

Masa miting kat Kajang saya tak bawa laptop. Pastu kerja nak kena buat dan present.
Apa lagi, nekad saja pi Low Yat nak beli netbook untuk buat kerja.
Habis kerja boleh guna untuk surfing pula :P
On the way nak ke Low Yat, my superior call nak pesan sebiji netbook untuk dia.
Macam pesan suruh beli ikan pun ada. Later dia bayar.
Dia tak kisah macamana, cantik pada mata saya, dia pun cantik juga la.
Nasib baik kat Low Yat ada ATM Bank Rakyat. Terpaksala i keluarkan duit tabung haji dulu.
Tu yang tak best bila link-kan TH dengan ATM, senang saja nak cucuk-cucuk kan?
Balik menggalas 2 plastik besar free gift dan netbook serta sekotak monitor.
Nasib baik kawan saya ni gagah perkasa tolong usungkan sama.
Sampai kat hotel, semua pakat serbu tengok hasil borongan.
Terasa macam orang kaya pun ya.
Borong tak henggat-hengat!

No comments:

Related Posts with Thumbnails