Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, February 15, 2011

Kursus pendek bersama bekas pelajar kursus pendek

Tugas pensyarah di Kolej Komuniti selain mengajar pelajar sepenuh masa,
kami perlu berkhidmat untuk komuniti di dalam siri Kursus Pendek pada setiap hujung minggu.
Itu adalah tanggungjawab kami di sini.
Kalau tak nak buat benda tu, sila berpindah keluar dari organisasi kolej komuniti.
Ke sekolah barangkali. Bunyi sedikit kasar tapi itulah hakikat kami di sini.

Kisahnya, saya adalah orang yang memperkenalkan Kursus Pendek - Penulisan Blog Peribadi
di kolej saya setelah bosan dengan kursus² komputer yang sedia ada.
Siri pertama kursus itu cuma 10 orang sahaja anak murid saya.
Bercampur remaja dan orang yang lebih dewasa dari saya.

Kisah itu berlaku semasa saya mengandungkan kembar. Dalam awal tahun 2010 yang lepas.
Minggu lepas, bekas peserta kursus ini menghubungi saya melalui telefon jabatan.
Dia memperkenalkan diri sebagai bekas pelajar kursus saya.
Dia berhajat nak mendalami hal-hal berkaitan blog dengan lebih advance.
Yerla..dulu memang saya cuma ajar perkara-perkara yang basic.
Tetiba terfikir, alamak! jenuh aku! Aku pun bukan la terror mana pun bab² blog ni.
Blog pun biasa² saja..malas nak make up lelebih.

Tetapi permintaannya saya terima untuk membantu setakat terdaya!
temujanji di atur pada hari Jumaat kerana saya tiada kelas. Dia akan ke pejabat saya.

Dia datang bersama laptopnya. Sembang², katanya dia nak buat bisnes online.
Nak pasarkan homemade coklat, kek lapis dan beberapa lagi barang hasil tangannya.
Sebelum ini, cuma kawan² terdekat yang menempahnya.
Dia terfikir pula nak memasarkan hasil tangannya dengan lebih luas lagi.
Sebaik mungkin saya menunjukkan apa yang dikehendakinya.
Kebanyakkannya tentang gadget² untuk mencantikkan blog dan menambah page pada blog.
Alhamdulillah, berguna juga ilmu yang saya ajarkan dulu ni.

Sebelum balik, dia menghulurkan 2 bungkus kerepek pisang buatannya.
Alhamdulillah...sedap. Rangup!
Sebelum berpisah saya mengucapkan selamat maju jaya dalam bisnes.
Kalau ada apa² tanya, jangan segan² telefon saya. Setakat yang termampu saya boleh tolong.
Yang saya suka, tau apa kata dia???
"Terima kasih banyak². InsyaAllah, mana la tau dekat² nak raya, sampai kek lapis kat cikgu zakiyah"

hahahahahaha
memang suka kalau dapat barang free kan :P
kepada Kak Ida, moga rajin² la menggodek blog tu. Lama² akak terror la!
Jom terjah blognya yang masih dalam try n error - di sini.

Ayat² dalam blog tu adalah copy paste dari blog² bisnes yang ada,
hanya sekadar untuk tunjuk contoh. Kalau ada yang nak order, terus sms dia tau!

2 comments:

Zur@ZaRi said...

alah bisa tegal biaser... memuler mmg susah... tp biler da biaser jadi suker plak=))

Jom baca: Love code

Softtouch [Hanim] said...

baguslah cik kiyah ajar blog kat anak2 murid cik kiyah..mcm kak ida ni awk mcm telah mnolong dia dlm memperkembangkan bisnes n luaskan rezeki dia..

cik kiyah sy nk tau mcm mana psl blocked tu?tp mcm mana yer awk nk bg tau.mgkin awk boleh emel sy ismahanim_82@yahoo.com...tq yer

Related Posts with Thumbnails