Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, February 18, 2011

Main masak-masak

Ibu cuti umum Maulidurrasul. Ayah pun cuti juga. Tapi bukan sempena Maulud Nabi.
Terkena offday-nya. Singapore! Mana ada public holiday banyak macam kita ni.
Bila ibu dah ayah cuti serentak, ibu pun rajin la nak main masak-masak.
Mulanya terpesona dengan resepi ayam panggang kat blog TTM,
lepas tu terfikir, kalau buat nasi ayam, kena laa..
Lagipun dah lama tak main masak-masak cam gini.

Balik keja hari Isnin, beli bahan-bahan.
Gigih tawaf kedai Lee Heng padahal tengah letih posa (fisrt day ganti).
Siap, terus ambik baby, terus pusing stereng balik rumah.
Malamnya dah mula siapkan ayam tu.
Nak sedap punya pasal, nak marinate semalaman.
Tapi gila kalut busy. Twin buat perangai. Ibu kalut nak berbuka puasa.
Last-last, berbuka sambil merasa sup ayam. Sup tu sebab ibu rebus dulu ayam tu separuh masak, supaya bakar esok tak payah lama-lama. Tektik tu!

Esoknya, bangun sedikit lewat. Cuti katanya kan! Harus laa....
Bangun terus ke dapur. Siapkan nasi ayam.
Bakar ayam sambil-sambil tu panaskan sup dan buat cili dan kicap.
Pukul 1030 dah siap semua.
Terus brunch kek dahnya!

Mabeles tak ayam panggang i. Lapik ngan timun saja.
Salad tak beli sebab dah kecut yang adonya!.
Tak sia-sia beli oven tu ekk.
Balance bahan marinate tu saya masak sampai mendidih,
pastu tuang atas ayam yang dah siap dipanggang.
Perrghhhh..bangga tetiba tengok hasil masakan sendiri.

Sedap lain kira.
Usaha nak memasak tu yang penting.
Yerlah...dah lama tak masak bagai-bagai macam ni sejak kalut dengan anak kecik!

No lunch. Petang buat jempu-jemput udang geragau.
Malam buat sambal telur puyuh makan dengan balance nasi ayam yang ada.
hahahahaha

1 comment:

Softtouch [Hanim] said...

wa....nasi ayam....sedap tu...sy pun sejak ada anak kecik ni dah lama xmasak bagai2 nie..msk simple2 je

Related Posts with Thumbnails