Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, February 4, 2011

Monitor - murah rezeki!

Monitor baru encik suami. Monitor lama dah ala-ala kena ketuk baru menyala elok.
Satgi kelip-kelip balik. Ketuk lagi. Silap ketuk, gelap terus. Dah nazak dah.
Tapi sampai saat entry ni ditulis (malam CNY - autopublish) masih belum pasang lagi.
Tak dak masa nak pasang. Dia kerja shift pelik. 1 am sampai 10 am.
Asal sampai rumah dah letih..mandi, makan lepak jap..tido!
Ada ka kat Malaysia shift macam tu?
Ok...back to cerita asal.
Monitor ni saya beli bersama-sama dengan gadget baru saya tu.
18.5 inci dengan harga rm322.
Saya minta kurang lagi dengan salesman tu, dia kata tak boleh...dah murah dah!
Minta free gift dia kata ada, kabel! Buat lawak pulak dia..
Sekali dia check buku, harga sebenar rm355
hahahahaha
dia dah salah bagitau harga, terpaksala dia bagi saya harga yang dia sebut tadi.

Sekali bos dia lalu, depa cakap la cina depan saya.
Terus saya kata " cakapla bahasa yang i faham..baru 1malaysia"
Bos dia kata " i kata boleh bagi 322 tapi kena bagi pelempang sama dia"
"oklah...u bagi banyak2 skit..boleh i dapat murah lagi"
Gelak besaq cina tu..
Ni le rupa monitor tu. Display punya. Snap ni untuk mms kat encik suami.
Terus dia kata angkut bawak balik.
Isteri mithali, ikut le arahan suami.
RM322, tapi encik suami bayar rm350...okla tuh, beda penat usung!
:P

2 comments:

azieazah said...

Hahahaha lawak betul...

Mula2 Kak Azie dok gelak pasai Cina tu salah bagi harga...

Pastu tergelak lagi. Sebab hubby U buat lawak.

Susah payah U mintak tawar dapat rega RM322, dia bayor RM350 pulak..
Tak pasal2 Cina tu tak untung, last2 rugi cuma RM5 jer.. hehehehe

apapun tahniah dapat monitor baru.


Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar

Zakiyah Zainon said...

kak..hubby tak ikut masa beli ni, saya yang bayaq kat tokey tu.

yang untung saya la hehehe saya bayaq 322 kat tokey tu..hubby bayaq kat saya 350 kekekekek...service tax kat en suami..

Related Posts with Thumbnails