Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, February 18, 2011

Pesta Layang-layang


Sebagai rakyat Malaysia yang berpengetahuan
mesti anda tahu kelaziman penganjuran Pesta Layang-layang Antarabangsa.
Pada saya pesta ini dinanti-nantikan sama seperti PC Fair atau Book Fair.
Bagi orang-orang Pasir Gudang, pesta ni macam feeling nak sambut raya pun ada.
Rasanya, saya dah sedar tentang kewujudan pesta layang-layang di Pasir Gudang ni
sejak saya masih sekolah rendah lagi.
Apatah lagi sebelum itu, saya pernah ke Pesta Layang-layang Antarabangsa yang pernah diadakan di kawasan saya bersama arwah Tok Wan suatu masa dulu.
Moment bersama Tok wan itu masih saya ingat.
Entahlah, apa mimpi Tokwan agaknya tiba-tiba mengajak saya ke sana.
Bukan semua anak cucunya akan dapat layanan sebegitu!

Setiap tahun di bulan Februari Bukit Layang-layang,
Taman Bandar Pasir Gudang menjadi lokasi.
Cuma tahun lepas sedikit kaciwa. Pesta ini diubah ke Bandar Dato Onn.
Tahun ini kembali semula ke tempat asalnya. Rasanya, 'ubah angin, di sana tak menjadi kot.
Orang dah sedia maklum, pesta layang-layang mesti di Bukit Layang-layang.
tetiba ubah ke tempat lain, macam pelik barangkali.

Tahun pertama di sini (Julai 2008) saya terlepas time sudah.
Tahun kedua, saya tak berpeluang ke sana (padahal dekat saja :P)
Tahun 2010, lagi la tak ke sana sebab buatnya di Bandar Dato Onn .
Tahun 2011, baru berpeluang ke sana membawa anak dara saya yang sorang tu.
Kesian rasanya kalau saya tak memberi peluang pada kakak merasai 'rasa seronok'.
Yerlah...asyik terkurung saja di rumah dengan saya.

Sempena saya EL sebab baby abang demam, saya membawa kakak ke sana.
Tinggal abang di rumah dengan ayah. Baby adik dengan pengasuh.
Bawak kakak ke sana jam 5 petang dah.
Layang-layang masih banyak walaupun masa dah 'time'. Punya la dia suka.
Dalam kereta lagi dah ' ibu...ibu..kakak nampak layang-layang fish'
'kakak nampak turtle' . 'kakak nampak belon upin'
Semua dia nampak!

Muka kakak yang baru bangun tido. Emi (pengasuh) kata selalu bangun mesti menangis.
hari ni bangun terus ok bila bagitau ibu nak bawa tengok layang-layang.
Mata kakak menjeling sakan...apa tak nya, belon la...rama-rama la...tikus la
semua jenis mainan depan mata.
Jenuh ibu rekacipta cerita tak mau bagi dia nak benda-benda tu.

Pada yang ada di kawasan berhampiran, jemputla ke Pesta Layang-layang.
Hujung minggu ini mesti ada macam-macam.
Kalau miss yang ni, kena la tunggu pulak Februari tahun depan :P

No comments:

Related Posts with Thumbnails