Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, February 2, 2011

Rak TV

Beginilah cara orang tak mampu.
Sikit demi sedikit saya cuba menambah aksesori rumah.
Ini rak tv yang saya tempah. Simple saja.
Memang akan tetap di sini. Dah tak boleh ubah.
Kalau anda yang jenis suka ubah sana, ubah sini susunan rumah, rak macam ni
memang tak sesuai untuk anda.
Sebabnya, cara pasangnya memang 'ganas' dan terus melekat kat dinding tu.

Masa dia nak pasang panel kayu kat atas dan kiri kanan tu memang membuatkan jantung saya nak luruh.
Bayangkan lah..dinding tu saya cat cantik-cantik.
Masa nak pasang rak tu, dia punya gerudi..mak aaiiiii..
luluh hati saya melihatnya bila dinding cantik tu dinodai.
Rasa macam nak stopkan saja. Jangan terus mencacatkan dinding rumah saya.
Lepas dah gerudi, dia masukkan besi. Dia punya ketuk..uhuk! Mau tambah sakit jantung!

Tapi, bila dia siap pasang..eh! cantik pulak!
Pada mata saya, cantiklaa...orang lain saya tak tau.

Tapi kalau nak buat rak macam ni memang kena plan betul-betul.
Kalau dah rasa tak nak ubah, buat la.
Kalau nak ubah, memang buruk la dinding tu.
Kena plaster balik dinding yang berlubang tu. Cat semula.

Rasanya, itu dulu kot untuk tahun ini.
Yang seterusnya, kenala himpun duit balik!

p/s:
Tiap2 kali isi minyak kat Shell mesti isi peraduan tu.
Kalau la murah rezeki dapat RM30k tu...
pergghhh.....angan-angan dah penuh dalam kepala ni.
Angan-angan saja laa..kalauuuu..!

6 comments:

Nurul said...

aku pun berkenan dgn rak macam tuh, tapi masalahnya laki aku lak suka main ubah2 perabut. Ehehe..

CIK CIRA said...

cantik la...tapi tak da wit lagi nak li sume tu sbb lum keje n kahwin..hihi

Mama Kembar 3 said...

cantik laa rak tuh, i loikkeee hehe

azieazah said...

KIYAH, dah cantik tu. Polos dan nampak luas.
Utk ruang tv memang sepatutnya kat dinding yang luas supaya selesa.

Kalu yang jenis pasang siap permanent ni sesuai utk rumah sendiri jer. Kalu rumah sewa memang tak bleh laa, kan?

Sedikit sedikit, lama2 banyak ler perabot nyer nanti

Zakiyah Zainon said...

nisri :kalau suka ubah2..memang tak boleh buat rak tv mcm ni :P


cik cira :nanti dah ada rumah sendiri boleh la buat gini atau lagi cantik....saya pun umur 32 baru dapat buat macam ni :P


mama kembar3 : si kembar dah golek2 sampai ke bawah rak tv tu..harus nanti jadi tempat mainan depa :P



kak azie :rak dah siap..tv tak pasang lagi hehehehe...perabot kat ruang tamu dah cukup kot rasanya...nak perabot dalam bilik tido lain pulak :P

eddy ipoh said...

Teruk ke gerudi kat dinding tu...

Related Posts with Thumbnails