Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, February 2, 2011

Saya dan Mesir



Saya bukanlah lulusan dari mana-mana universiti di Mesir.
Langsung belum pernah menjejakkan kaki ke sana lagi.
Tapi Mesir, namanya selalu ada di bibir saya sejak dari kecil rasanya.
Kerana ramai saudara-mara saya adalah bekas pelajar dari Universiti Al Azhar.


Bermula dengan maklang yang belajar di sana dan akhirnya berkahwin dengan paklang di Mesir.
Kembali ke Malaysia setelah beranak 2.
Kemudian paktam juga ke sana, dan seterusnya ke Jordan.
Dari saya bersekolah rendah, dia pulang semasa saya mengambil ijazah. Lamakan?

Kemudian, pakcik saya ke sana.
Lebih kurang 5 tahun dia kembali dan kami melangsungkan perkahwinan
dengan pasangan masing-masing bersama-sama.
Adik lelaki saya, Adik Zahir juga mendapat peluang ke melanjutkan pelajaran di sana.
Namun saya dan abang banyak menasihatinya untuk belajar di Malaysia.
Nanti, kalau nak buat master, sambung la di sana - pesan saya.
Tapi rezekinya tetap murah, ketika masih menjadi pelajar UM, dia mendapat peluang ke sana selama sebulan di bawah program tajaan UM.
Dan sehingga kini adik perempuan saya, Adik Zuhaida masih menuntut di sana - di Iskandariah.
Alhamdulillah, dia pulang ke Malaysia bercuti semasa raya puasa tahun lepas.
Tidak terbayang kalau detik ini dia masih di sana.
Rasanya kami di Malaysia mungkin tak senang duduk.
Yang pasti akan lebih runsing adalah tok saya.
Bayangkanlah, tok saya tak lena malam dan sampai sakit-sakit bila dapat tau
yang abang saya nak bawa semua ke rumah saya Disember lepas.
Dengan situasi darurat di Mesir sekarang,
mau dia yang masuk hospital sebab sakit jadi lembik dan tak larat dia
pasti meyerang jika terlebih risau!
Dan terkini, sepupu saya masih berada di sana.
Anak paklang dan maklang yang juga dulu belajar di sana.
Saya pasti maklang memang tak senang duduk sekarang.
Saya juga merasa sedikit tempiasnya. Resah dan risau bila memikirkan situasi di sana.
Menerusi bacaan di blog, ada khabar katanya ada pelajar dirogol - nauzubillah!
Mintalah itu hanya khabar angin sahaja.
Moga kerajaan Malaysia akan cepat bertindak menyelamatkan lebih 11ribu pelajar di sana.
Masalah semakin meruncing. Makanan semakin kurang. Musim sejuk menghampiri.
Mereka tidak dapat berhubung dengan dunia luar.
Tapi kita masih boleh menghubungi mereka dan menyampaikan tindakan yang boleh mereka lakukan.
Dapatkan info terkini dari blog ini Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Sama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat!

1 comment:

Softtouch [Hanim] said...

tulah risau ngan keadaan di mesir skrg...moga smeua pelajar2 di sana selamat dan dilindungi...

Related Posts with Thumbnails