Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, February 11, 2011

Stoning Of Soraya

Sapa pernah tengok movie ni?
Movie ni dah lama sebenarnya..rasanya dalam tahun 2008 (hasil google).
Al kisah encik suami saya sangat suka meng-download cerita.
Dan ini lah kisah yang terkini yang saya tonton.
Memang saya sakit hati masa menonton cerita ni.

Ini sebuah kisah benar di Iran yang menimpa seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu yang bernama Soraya!
Geram dan benci dengan sikap lelaki yang memperlekehkan darjat dan maruah isteri.
Sanggup memfitnah isteri sendiri semata-mata hendak berkahwin lain.
Sanggup menuduh isteri curang dengan orang lain padahal isterinya bekerja untuk keluarga.
Dan paling geram...mudahnya menjatuhkan hukuman yang kononnya menegakkan Islam.

Menyirap darah tau!
Rasa macam depa ni mudah jatuhkan hukuman yang berat walhal dalam Islam,
nak jalankan hudud tu bukannya boleh sebarangan.
Punya la banyak siasatan, saksi dan perkara-perkara yang mesti di nilai,
barulah sesuatu hukuman itu boleh di jatuhkan.
Saksi pulak bukannya saksi yang ala-ala.
Ada ciri² saksi yang baru boleh diterima kesaksiannya!
Ini tak...main dengar pengakuan saja...terus jatuh hukum rejam!
Adussss!
Kalau orang yang baru nak berjinak-jinak dengan islam tengok filem ini
dan tak merujuk pada orang yang betul² arif tentang Islam,
memang dia akan takut dengan Islam.

Rasanya darah saya memang naik tengok filem ni.
Suami saya sampai ubah tempat duduk sebab asyik kena penampar dari saya!

Sedikit sinopsis :

Kisah ini adalah flashback.
Zahra (makcik Soraya) berjumpa dengan seorang journalist Iran tetapi tinggal di Perancis. Journalist ni singgah di kampung tersebut sebab keretanya rosak.
Kiranya, Zahra menceritakan kisah Soraya supaya semua orang tahu akan ketidakadilan dan kekejaman terhadap wanita yang berlaku di daerahnya.

*********************************************************************
Soraya difitnah oleh suaminya, Ali (kaki dera bini) yang hendak berkahwin lain
dengan mengugut majikan isterinya, Hasan untuk mengaku berlaku curang bersama Soraya.
Ali berusaha untuk membuatkan Soraya yang minta cerai tapi Soraya tetap tak buat macam yang dia nak.
Kerana takut dengan ugutan Ali, Hasan mengikut arahan Ali
Dalam masa yang sama, mullah (macam hakim) kat situ pun berkenan dengan Soraya tapi Soraya reject dan dia jugak turut berse'tongkol' dengan Ali.

Pendek cerita, dia dijatuhkan hukuman rejam.
Hasan, dia dilepaskan sebab Ali mengampunkan nya. (Ada kah lagu tuh!)
Bapa Soraya, anak lelaki nya turut membenci Soraya akibat hasutan Ali (memang lahanat!!)
Berjalanlah hukuman tu sampailah dia mati..uhuk!

**********************************************************
Ending filem ini menunjukkan yang pemimpin daerah tu takut bila nampak
Zahra bersama journalist tu.
Habis barangnya diselongkar. Tape rakaman dimusnahkan.
Kemudian, Ali pulang dengan hampa bila pernikahan dengan perempuan yang diidam²nya
dibatalkan oleh bapa perempuan tu.
Hasan, majikan Soraya terus bersuara menyesal kerana bersekutu dengan Ali.
Mayor dan mullah saling bertuduhan menyalahkan masing² sebab menjatuhkan hukuman pada Soraya (podaahhhh!)
Journalist tu dihalau dari daerah tu dan dapat membawa tape rakaman tu keluar dengan bantuan Zahra.

Bagaimana? Anda saksikan sendiri kisah yang sangat mengguris hati perempuan saya.
Tak pa Soraya, kau tuntut keadilan di Padang Mahsyar nanti!

Akhirnya,
kisah itu telah dibukukan oleh journalist tadi dan menjadi hits tetapi di banned di Iran.

p/s:
sekian, perkongsian di hari Jumaat!

4 comments:

Softtouch [Hanim] said...

wa....sedihnya bc cite soraya tu...bc sinopsis pun tau sian dia...

Nurul said...

tak rasa hati cukup kuat nak tgk filem nih. Sure diriku akan meraung sakan..nak2 bila hukuman dijatuhkan. Itulah antara sbb org luar memandang Islam ini sebagai kejam. Bila ingin melaksanakan hudud, bukan berlandaskan cara yg betul. Aduh..

nanne_manja said...

ohhhhh..ini yang ko gigihkan dari tadi yer dik...sampai lupa nak pi shopping :D

Si Kandil Hijau said...

adik rasa ceta tak lain tak bukan adalah cubaan/propaganda menjatuhkan Islam.Lebih kurang mcm ceta PEREMPUAN BERKALUNG SORBAn-cite indonesia. Orang yg buat ceta ni mmg licik dan guna cara halus dgn plot2 cite yg mcm ni utk memburukkan imej org Islam dan Islam itu sendiri.

Jadi tak heranlah kalau cite ni diharamkan di Iran dan mungkin ada jgk di negara2 ISlam prihatin yg lain. Sekian.

Related Posts with Thumbnails