Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, March 31, 2011

Acara kemas rumah

Isnin hari tu, pagi-pagi buta cousin ibu sms bagitau nak datang rumah petang ni.
Ibu pun ok saja. Mai la. Dia nak bawa mak dia a.k.a makngah pada ibu.
Sepupu ibu tu yang ibu kisahkan anak dia kena e-coli tu.

Dalam kepala dok pikiaq dah "bila nak kemas rumah ni?"adoiiiii...
tak pa hantar dulu baby. Satgi pikiaq macamana.
Siap hantar baby, masuk balik opis.
Masa sarapan dengan kawan-kawan, ibu dah bagitau satgi nak balik kemas rumah.
Malu la...rumah dah macam dilanggar garuda.
Dah seminggu rasanya tak bersapu dan mop.
Tapak kaki memang hitam kekdahnya!

Pukul 12++, ibu dah berangkat dulu balik ke rumah yang hanya 2.7km dari pejabat.
Mujurkan rumah ibu dekat dengan opis.
Sampai rumah terus lipat baju. Angkut masuk almari yang dah siap dibuat tu.
Baju baby ibu susun saja atas rak tv yang tak dak tv lagi tu :P

Dalam proses mengemas. Sangat bersepah kan!?

Ibu tolak sofa segala, sapu sampah, siap mop lantai sambil mata dok jeling tengok jam.
Tiktok-tiktok, sat saja dah pukul 2.
Lipat toto, susun bantal masuk dalam baby court yang dah jadi pusat simpanan barang.
Kemas dapur sikit. Tengok-tengok jam dah nak pukul 3.
Mak aiiii...cepat betui masa berlalu.

Sebelum balik opis, basuh beras. Masak nasi dulu.
Guna rice cooker kan senang! Tinggai saja kang masak la.
Nak balik ke opis singgah sat kat KipMart nak beli bahan nak masak nanti.
Hari Isnin pulak. Ibu lupa yang hari Isnin, gerai ikan banyak yang tutup!
Beli ayam dan sayur. Ikan dah ada kat rumah.
Oklah...berdesup ke opis sebab dapat call mintak peraku pulak!

Petang balikkerja, memang macam chef hebat ibu masak adanya.
Goreng ayam buat masak merah ala-ala ibu (pakai cili merah saja)
Ikan kembung goreng. Tumbuk sambal belacan + ulam timun.
Sup ayam campur kentang dan karot.
Sayur bayam.

Pukul 730 malam, rombongan makngan sampai.
Lepas solat Maghrib. dah boleh makan.
Mujur makngah nak mai rumah ibu, kalau dak sampai hari ni tak kemas lagi rumah tu rasanya.
Ada sapa-sapa lagi ka nak mai rumah ibu?
Sila bagitau dulu no...
Satgi terkejut depa tengok rumah ibu yang macam apa pun tak tau nak kata.
Tapi pada ibu, rumah itu tetap syurga ku!
ecehhhh....

4 comments:

Softtouch [Hanim] said...

smalah mcm sy..umah xbkemas2 lagi..bkn xbekemas tp bkemasnya xsempurna..aduiii bahasa sy..sejak ada anak kecik ni timing n umah ada lari sikit..hehehehe

minngu ni sy dtg umah cik kiyah yer...heheee

Zakiyah Zainon said...

hanim: muahahahaha..memang berpeluh ketiak kalau dgr org nak datang!

mala said...

excercise ketiak ;-)

Zakiyah Zainon said...

mala : hahahaha...memang tersangat!

Related Posts with Thumbnails