Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, March 30, 2011

Ahli baru geng Kampung Baru

Dalam keluarga, saya seorang yang berkelulusan IT.
Adik-adik dan abang, berkelulusan agama dan seorang ahli sains adanya!
Kami 6 beradik.
Abang yang sulung, saya yang kedua, adik Zuhaida di Mesir.
Adik Zahir di UM, Adik Mah di UniKl dan yang paling bongsu Adik Izzah, darjah 6.
Abang saya 'agak' buta IT tapi dia yang terawal membeli laptop atau gadget² canggih
dan kami adik beradik yang mem'belasah' hartanya.
hehehehe

Secara tak dirancang, kami berempat mempunyai blog masing-masing.
Dapatlah kami berkongsi kisah walaupun masing-masing berjauhan.
Terkini, adik saya yang bongsu pun dah buat blog.
Nampaknya Geng Kampung Baru dah menjadi 5 orang.
Tapi kisah adik saya ni sedikit kebudak-budakkan.
Yer lah..budak darjah 6.
Itu la kisah dan kehidupan mereka kan?!

Sudah lama dia meminta izin dari saya untuk memiliki blog sendiri. Tapi saya diamkan saja.
Facebook pun dia dah ada dalam diam-diam.
Kena 'basuh' jugak la bila dia upload gambar tanpa pertimbangan dan penilaian.

Kenapa dia minta izin dari saya?
Sebab sayalah yang membayar bil internet di kampung.
itu line internet, ana yang punya!
Kalau tak kena gaya, wa potong saja! habis cerita.
So, hati-hati ya menggunakannya...

3 comments:

mala said...

zaman dah berubah - anak Mala semua ada FB ..yang sulong darjah 6 pun dah pandai, ada juga web dia sendiri. yang penting kita kena pantau la. kalau kita dulu nak sentuh kompter pun takut!

Zakiyah Zainon said...

tu la kak mala...takut kalau adik2 saya ni salah guna...
mak dah lama suruh potong line internet tu tapi kesian pulak kalau adik2 yang kat u balik nak buat keja guna internet...tu yang masih bertahan tu..

Si Kandil Hijau said...

dia antaq sms kat adik hbq kata ada blog. password pc kt umh dia dah blh ceroboh...hahaha.mmg champion bab2 code rahsia bdk nih.

Related Posts with Thumbnails