Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, March 16, 2011

Ayam Goreng Minyak @ goreng kunyit.

Isnin lepas, ibu tetiba teringin nak
makan ayam goreng minyak a.k.a ayam goreng kunyit.
Tetiba terbayang-bayang masakan mak angkat ibu, Makcik Naemah
(my bestfren's mom - Nadia) yang dihidangkan masa ibu mengandungkan kembar dulu.
Time tu ibu dah balik Kedah , cuti awal untuk melahirkan kembar.
Tapi ibu sempat lagi jalan-jalan ke rumah dia.
Makcik Naemah ni sangat baik. Dia cikgu besar pencen.
Arwah suaminya, Pak Wahab pun sangat baik hati.
Pak Wahab ni orang senang dan kaya tapi sangat tak sombong. Selalu tolong ibu.
Hulurkan wang belanja buat ibu. Dapat RM50 dalam tahun 90-an adalah sangat besar nilainya.
Bukan sekali dia bagi, tapi berkali-kali sampai naik malu, segan kata orang Kedah.
Makcik Naemah kata ambik, tak baik tolak. Ibu pun malu-malu kucing terima hadiahnya.
Tapi dia pergi dulu. Tahun 2002 tak salah ibu.
Al fatihah untuk Pak Wahab.

Asalnya ibu kawan baik dengan anaknya, Nadia, last² ibu dah macam sebahagian keluarga depa.
Sampai ada yang kata ibu dengan Nadia kembaq,
sebab Nadia memang ada kembaq tapi meninggal masa dilahirkan.
Kami sekelas dengan dari tingkatan 1 sampai ke universiti.
Masa SPM, ibu tumpang tidur di rumahnya dengan sorang lagi kawan ibu, Gee.
Takut lambat sampai sekolah, Pak Wahab suruh kami duduk di rumah dia.
Pagi-pagi dia akan hantar kami ke sekolah.

Melalut pulak ekk...
oklah back to kisah yang ibu nak tulis ni.
Dek kerana terlalu nak makan ayam goreng kunyit tu, balik kerja ibu sanggup keluar balik ke KipMart. Tinggal baby dengan ayah. Beli kepak ayam (tak suka isi tebal), terus balik.
Baby adik dah nangis bila nampak ibu. Abang dah selamat bobok dalam buai.
Kalut-kalut ibu siapkan ayam, lumur garam kunyit, goreng.
Sambil-sambil tu potong bawang besar dan carrot, siapkan bahan tumis dan potong sayur sawi.

Lupa nak snap hasil masakan sebab ibu kemalangan di dapur..uhuk!
Dan lepas makan baru ingat nak ambik buat kenangan.
Dalam sakit-sakit, ibu gagah juga siapkan masakan yang ibu kepingin sangat tu.
Nanti la ibu story kemalangan ibu tu.
Sangat sakit ok!
Kifarat barangkali...insaf..insaf..

Asal nak buat sayur sawi. Sekali dah kemalangan menimpa diri, ibu bagitau ayah-
"Yang, satu menu saja ok ek...tangan ibu dah sakit ni"
Encik suami ok saja!
Bertuah ibu dapat suami yang tak banyak songeh dan simple ni!

No comments:

Related Posts with Thumbnails