Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, March 25, 2011

Baju dari Maktok dan E-Coli

Maktok(mak ibu) telah selasai menjalani ibadat umrah.
Dan selamat sampai pun ke rumah. Dah seminggu rasanya.
Weken hari tu (tak salah ibu), mak tok ada telefon bagitau dia kirim barang kat makngah ibu.
Makngah (adik maktok) pun pi umrah sama dengan maktok jugak.
Makngah yang masih tak cukup rehat terus ke Johor sebab cucunya (anak sepupu ibu) warded dah hampir seminggu sebab demam tak kebah-kebah.
Dek kerana cucu, walaupun tak cukup rehat, makngah gigihkan diri ke Johor.
Dan ibu pun dapatla kiriman maktok tu masa melawat anak buah ibu tu kat hospital.
Maktok kirim kurma, kacang cerdik, baju untuk kembar dan jubah ibu.

Baju maktok beli untuk kembaq kecik hehehe
Maktok kata dah tak dak size sebab nak beli bagi sama untuk depa.
Satu size M satu size L. Padahal, ibu pakaikan depa baju size 1Y dah.
Tapi boleh laa...ala-ala incredible hulk la skit. Kalau size L tu adik masih boleh pakai.

Ni ha, baju yang maktok belikan.
Ibu pakaikan abang L dan adik M.

Ni kat rumah pengasuh.
♥ merah tu cover lutut pengasuh. Dia lipat seluar tidur dia.
Baru lepas kemas rumah katanya.

Ibu nak kongsi sikit kisah anak sepupu ibu, Mira yang demam tak kebah-kebah tu.
2 minggu Mira demam. Last², di tengah malam ayahnya angkut ke hospital.
Doktor check sana, cucuk sini ambik darah. Berjarum-jarum.
Kesian, budak kecikkan, baru darjah 1, dan baru mak dia dapat tau yang Mira mabuk darah!
Tiap-tiap kali doktor ambik darah, dia tumbang hahahaha
Macam paklong dia! Eh! Lupa nak bagitau, ayah Mira adalah sepupu ibu.
Dan ayah Mira adalah kembar. Tu la kembar generasi ibu.
Tepi generasi anak, ibu yang dapat baka kembaq nya :P

Ok back to the story yang ibu nak khabarkan!
Result darah ok. Tak dak denggi. Organ dalaman baik.
Doktor check sampai ke tahap sakit tibi, tapi ok. Last-last doktor detect ada e-coli dalam najis.
Siasat apa makanan kegemaran dia. Rupanya dia suka makan sosej kat sekolah.
Beli kat kantin. So, doktor nasihatkan elakkan makan sosej lagi.

Malas pulak ibu nak type panjang-panjang bagi nasihat.
Kesimpulannya, sama-samalah kita fikirkan!
Jagalah makanan untuk kesihatan yek!
hehehehehe

2 comments:

Ms.Lilies said...

aiyo...aku pun kena jaga2 ni..kdg anak aku beli sosej kat kantin gak

Zakiyah Zainon said...

tu la mimi...hati2..
budak2 ni, itu le makanan kesukaan depa

Related Posts with Thumbnails