Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, March 24, 2011

Bersyukurlah

Bersyukurlah! Nak kena kata apa yer?
Alhamdulillah, tanda bersyukur atas nikmat Allah.
Syukur sebab masih bernafas hari ini.
Syukur sebab masih dapat merasai nikmat Allah yang sangat banyak ni.
Tak ter'list' rasanya dengan nikmat yang Allah bagi.
Apa nikmat yang paling 'agung' yang ada pada pembaca blog ibu sekalian?
Mungkin berbeza-beza kan jawapan masing-masing?
Mungkin ada yang sama.

Pada ibu, anugerah yang paling agung yang ibu dapat adalah lahir sebagai seorang Islam.
Alhamdulillah, ibu dilahirkan dan dibesarkan oleh sebuah keluarga
yang turun temurun beragama Islam.
Bersyukur sebab ibu dididik dengan ajaran Islam seadanya.
Cuma, ibu yang kadang-kadang nak jugak jadi sekular skit-skit. Terpeleot!
Tapi bila ditenung dengan mendalam,
tak pa laa..biarla kalau ada yang masih berpandangan
' ikut aturan Islam nampak kolot dan kekampungan', ibu tak kisah.
Ibu akan terus didik hati ibu dan anak-anak ibu untuk terus mendekati Islam.
Alhamdulillah, ibu dikurniakan adik-beradik dan saudara-mara yang ramai
bergelar ustaz dan ustazah. Boleh la nak buat rujukan bila ada masalah.
Kalau ada masalah $, boleh rujuk jugak ka? hahahahaha

Sebenarnya, ibu sekadar nak berkongsi gambar kat bawah ni.
Gambar ni gambar lama. Masa maal Hijrah hari tu.
Gambar dalam surat khabar tu adalah cikgu ibu masa di sekolah menengah dulu.
Cikgu tu tak la mengajar ibu directly, tapi ibu kenal dia di sekolah.
Walaupun tak mengajar ibu, dia tetap cikgu ibu jugak kan.

Dia berbangsa Cina. Dilahirkan dalam keluarga yang bukan beragama Islam.
Ibu sangat bersyukur sebab dia menerima hidayah Islam dari Allah.
Tak salah ibu, dia menjadi Muslim masa ibu masih kat sekolah tu lagi.
Dan tahun lepas, dia menerima Tokoh Maal Hijrah (saudara baru) dari Sultan Kedah.

Kat sekolah ibu tu juga, ada sorang cikgu cina (bukan cikgu kat atas) juga.
Dia ajar ibu English.
Cikgu lelaki, beragama Buddha dan tidak berkahwin.
Tapi yang menarik tentang cikgu ibu yang sorang ni, dia sangat berminat dengan Islam.
Dia akan hadir ke ceramah-ceramah agama yang diadakan di sekolah dan yang
paling best dia akan bertanya soalan.
Tapi sampai ibu tamat sekolah tingkatan 5, hidayah Allah masih belum sampai padanya.
Sekarang ni tak tau la macamana kisahnya.
Ibu rasa kalau dia menjadi seorang muslim, mesti dia sangat taat dan patuh.
Lebih baik dari ibu yang dilahirkan sebagai orang Islam.

Itu lah kan...ibu sangat bersyukur sebab lahir sebagai orang Islam.
Patutnya, kita kena lebih baik dari contoh yang ibu berikan tadi.
Tapi sekarang ni, entah lah.
Ibu takut nak cakap. Takut ter'ludah' batang hidung sendiri.
Cuma, yang boleh ibu buat, ibu akan berusaha mendidik anak-anak ibu,
bekalkan mereka dengan ilmu dan didikan agama.
Agar ke mana saja depa pi, dengan sapa depa berkawan, hati depa tetap sama.
Iman masih di dada, takkan berganjak dengan godaan dunia!
Dunia ke depan lagi mencabar adanya!

Dan sekali lagi, ibu bersyukur..kerana ibu seorang yang beragama Islam!
Bukan 'selam' semata-mata!
Alhamdulilah...

No comments:

Related Posts with Thumbnails