Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, March 11, 2011

Cuti-cuti Malaysia

Mulai esok, cuti sekolah dah bermula.
Tapi ibu tetap la berkerja sebab ibu bukan cikgu sekolah.
Kakak dah 2 hari tak pi sekolah. Semalam (Khamis) kakak demam panas pukul 6 pagi.
Ibu tinggal kakak kat rumah dengan nenek. Hari ni pun kakak demam lagi.
Tapi kakak ikut nenek balik Melaka sempena cuti sekolah.
Berat hati ibu nak lepaskan kakak yang tengah demam tu tapi punyala meraung bila
ibu kata "kakak tak payah la ikut nenek..kakak kan demam".
Sanggup bangun mandi awal pagi dengan air yang sejuk gedik sebab Pasir Gudang hujan sejak petang sampai la pagi tadi.
Mandi sambil menangis. Punya la nak ikut nenek.

Tarikan utama adalah kasut yang nenek belikan, dah 2 minggu dia dok minta izin nak pakai.
Tapi ibu kata simpan, nanti jalan-jalan naik bas dengan nenek, baru pakai.
Sekali sampai time, dia demam then ibu nak suruh cancel tak bagi ikut.
Maunya tak melalak.
Ibu dan ayah hantar kakak dengan nenenk pagi tadi.
Bukan main melambai 'flying kiss'.
Dari Pasir Gudang, kakak dan nenek saja dalam bas.

Ok kakak, hepi holiday!
Malam ni sunyi la ibu tak dak geng potpet...uhuk!
Potpet dengan abang dan adik laaa....

p/s:
Berpisah sekejap dengan anak pun dah rasa sayu.
Lagila ibu yang berpisah dengan anak buat selama-lamanya.
lagi tak tertanggung rindunya kan?
Al-Fatihah buat Baby Nia.

2 comments:

Zaher said...

aii...sorang2 demam ni..kesian aeh

kak Erna said...

dah macam musim kan..mana2 budak demam sekarang ni.
harap2 akak bertambah sihat dapat ikut nenek naik bas..

Related Posts with Thumbnails