Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, March 12, 2011

Demam bergilir-gilir


Dalam tempoh sebulan, bergilir-gilir anak ibu demam.
Mula-mula abang demam panas 4 hari kemudian diikuti dengan campak sekam.
Abang baik demam, ibu pun ikut demam akibat tak cukup tidur jaga abang demam.
Baik demam, ibu kena gastrik.
Lepas tu kakak pulak demam. Demam-demam pun kakak dah selamat sampai ke Melaka.
Bukan main hepi lagi kakak masa ibu telefon " ibu..kakak kat rumah dik na ni"
Bila ibu bagitau baby adik demam, tau apa dia kata
"ooo..ok..ibu jaga baby tau, nanti kakak balik ya".
Demam kakak dah baik pun, alhamdulillah,\.

Semalam, adik pulak demam. Dari pagi badan dia ibu dah rasa suam-suam.
Tapi check suhu ok.
Petang, pengasuh call bagitau adik dok merengek badan tak sihat dan dia bagi ubat demam.
Malam tadi, suhu around 38.3 degree. Masih main-main dengan aktif lagi.
Tengok tu aksi model coolfever!


Tengah malam adik tak minum susu pun. Mula dia hisap. Lepas tu nangis.
Tapi ibu suap air masak guna syringe. Paksa!
Adik asyik dok sumbat jari dalam mulut saja.
Demam nak naik gigi lagi kot. Adik dah ada 2 batang kat bawah.
Abang 4 batang, 2 atas, 2 bawah.

Pagi tadi mood sangat tak baik. Mereeeeengek saja. Nak duduk dalam dukung.
Letak bawah bunyi. Kalau dalam buai tak boleh berenti enjotnya!
Pagi-pagi ibu lembik 3 ketul biskut farleys. Campur susu..suap adik dan abang.
Adik makan pulak. Senang sikit hati ibu.

Muka budak demam. Kalau sihat 'rheyeh' memanjang.
Pagi tadi, ibu agah pun tak senyum.
Sihat la adik ekk...

2 comments:

kak Erna said...

semoga adik cepat baik..
tak mau senyum pun masih comel lagi tu..

Zakiyah Zainon said...

dah mahu main2 dah tapi badan msih demam lagi....
tq kak erna

Related Posts with Thumbnails