Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, March 7, 2011

Gastrik oh Gastrik

Semalam ibu kena gastrik.
Oh..sungguh sengsara rasanya.
Lambat makan le..apa kes lagi!
Sekarang ni dah kena makan betul-betul on time.
Kalau tak memang sakit ini akan menyerang lagi.
Ini kali ke 3 kena lepas lahirkan kembar.
Kali ke 2 dalam masa 3 minggu. Sebelum tu kena di pagi hari kat opis.
Perut rasa sebu dan berangin. Dah tak boleh berdiri tegak.
Mujur ada Kak Y dan dia tolong urutkan kaki ibu (masa tu ingatkan angin saja).
Kelas pun terpaksa cancel, ibu bagi tugasan saja kat students.
Eh..terima kasih kat Kak Y (tukang urut) dan Awa (tukang photostat tugasan ku) hehehe.

Semalam, pukul 10 malam, angin dalam perut menyerang lagi.
Berpeluh berguling-guling ibu tahan sakit sambil ayun buai, sambil tepuk-tepuk baby.
Sila bayangkan betapa sangat 'mithali'nya saya sebagai ibu.
Cir-bir dan muntah2 turut menyerang sama.
Seram sejuk pun datang.
Memang heaven la.
Ayah pulak keja shift pelik - 7 ptg - 3 pagi.
Pukul 2 pagi dah tak tahan nak tunggu dah, call ayah suruh balik awal skit, nak ajak pi klinik.
Sekali memang ayah nak nak balik sebab dia ambik last break.
Nak tunggu ayah sampai rumah..perghhhh
Sila bayangkan tahap kegulingan saya sambil melayan anak-anak sendirian.

Ayah sampai pukul 3.10 pagi. Dia salin baju ajak ibu pi klinik.
Nasib baik nenek ada kat rumah. Siap-siap buat susu, mintak nenek tolong tunggu anak-anak.
Ibu dengan ayah ke klinik yang sama masa bawa baby abang demam panas hari tu.
Jumpa doktor (yang serabai sebab baru bangun tido), dia kata gastrik.
Injection kat bahu sejarum. Suhu 39 degree.
Ubat demam, cir-bir, tahan muntah, sakit perut, antibiotik, ORS, ubat angin beserta mc
= RM87.50!
Oh...lepas ni pi Klinik Wakaf la..murah skit
hehehehe

1 comment:

Softtouch [Hanim] said...

adui...siannya cik kiyah...sy dpt bygkan sakit tu sbb pernah kena...sy pun br elok cir bir n muntah2..semoga cpt sembuh

Related Posts with Thumbnails