Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, March 16, 2011

Gigi oh gigi

Punya susah nak capture gigi kembaq. Duduk tak penah diam.
Ibu pulak guna camera handphone bukan camera yang canggih-canggih.
Hasilnya pun ala-ala saja la...
Sebab gigi juga la anak-anak ibu demam yang sangat.
Muka 'mandom' tak mau senyum.
Orang dewasa sakit gigi nak tumbuh 'gigi bongsu' pun tak tahan.
Ni kan pulak anak kecik!

Tengok muka adik yang monyok demam sakit gusi nak tumbuh gigi.
Ayaq liuq meleleh 'merhamu'..kesian ibu tengok.
2 hari tak minum susu ikut botol. 'Serhoh' badan dia.
Ibu suap susu guna syringe dan sudu.
Tu pun sikit saja dia nak.

Adik mula naik gigi dulu.
Masuk 7 bulan (19.2), gigi adik mula nampak.
Sebatang saja kat bawah. Tak lama lepas tu keluaq lagi satu.
Hadiah umur 7 bulan. Demam masa tu suam-suam saja.
Yang teruknya, hujung minggu lepas.
Merengek tak berenti. Tapi tak nampak lagi gigi adik yang terbaru tu.

Masuk bulan Mac, abang pulak tumbuh gigi.
4 batang (betuika penjodoh bilangan ni?) sekali harung.
Mulanya ibu nampak 2 batang di bawah. Malam bibir abang luka, ter'cium' lantai.
Paginya, ibu belek bibir atas abang yang luka tu sekali
ehhh!!! ada lagi 2 batang kat atas.
Jatuh terus terkeluaq gigi kot.
Suker...suker...

Bukti abang dah ada 4 batang gigi. Nampak bibir atas tu macam ber'keruping' sikit.
Tu kesan 'cium' lantai yang terbaru.
Lasak bebenau anak-anak ibu ni, itu le hadiahnya.
Tak pa la...anak lelaki kena tahan lasak!

3 comments:

kak Erna said...

sian adik ngan abang sampai demam nak tumbuh gigi.
comelnya dia senyum tunjuk

Zakiyah Zainon said...

kena agah tu yang gelak besaq tu...

IbuAmirAmirah ;P said...

wahhh..cepatnye tumbuh gigi...

sikembar saya, nak setaun minggu depan baru keluar gigi..yg sorg lagi, tak kuar2 lagi..heheh

Related Posts with Thumbnails