Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, March 11, 2011

IKEA Singapore


Ini sambungan selepas acara shopping perfume kat Ubi.
Keluar dari Ubi area, terus masuk PIE keluar ikut TPE.
Ter'exit' simpang yang salah, berpusing² la dulu area Pasir Ris sebelum sampai IKEA.

Sangat teruja wey! Dah lama tak jengah ke sini.
Selalu lalu depan IKEA ni time bila nak ke Changi. Nak singgah saja tak berkesempatan.
Ni dah alang-alang dapat keluar, en suami pulak shift pukul 7 malam,
boleh la singgah 'sat' - katanya!
Katalog IKEA2011 dah lama dapat.
Dalam kepala dah ada barang-barang yang utama nak di beli.
Tapi bukan yang mahal² pun. Yang pasti nak beli meja dan kerusi untuk kakak menulis.
Kesian kakak. Tulis sambil meniarap.
Kadang² tulias atas rak tv (yang tak dak tv lagi) sebab baby abang dan adik pun
kalut nak tulis sama dengan kakak.

Ambik sana, capai yang ni, tambah sikit² yang tertarik di hati dan mata.
Terus ke kaunter. Kepala dok terbayang nenek kat rumah.
Lama² kang, mau pengsan nenek sorang².


Meja kakak - 3 biji( 1 saja untuk kakak). Kerusi kakak - 2 biji.
Yang tu yang besaq pun. Lain² kecik-kecik saja.
150 dollar jugak berjaya dihabiskan.
Oklaaa..masih dalam bajet.
Kalau nak pi IKEA Damansara pun belum tentu bila sampainya.

Time nak angkut barang masuk kereta, nenek call. Dah tak boleh handle katanya.
Dengar suara dua-dua dok meraung!
Kalut susun barang dalam bonet.
Time gini perasaan nak tukar kereta kembali menyerang.
Meja kakak tu muat-muat saja masuk bonet. Tu pun tutup tak brapa nak rapat.

Isshhh....perlukah?
Jimat, cermat. pikiaq, hemat!

No comments:

Related Posts with Thumbnails