Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, March 13, 2011

Kakak solat

Alhamdulillah, sejak kakak ke PASTI banyak ilmu yang kakak dah dapat.
Kakak dah boleh menulis walaupun tak kemas.
Kakak dah boleh mewarna walaupun tak cantik dan sekata.
Tak pa lah..budak baru nak masuk 4 tahun kan!
Yang paling ibu suka, kakak dah pandai baca doa dan ayat² lazim serta beberapa hadis.
Budak kecik kan?
Cepat dapat 'menangkap' apa yang diajar.
Sebab tu kena berhati-hati dalam bercakap atau beraksi.
Semua akan diperhati dan dituruti.
Kalau yang baik, alhamdulillah.
Tapi kalau yang salah kelak boleh bagi masalah pada kita ibubapa.
Sama-sama lah kita berbuat yang terbaik dalam mendidik anak-anak ni yer...insyaAllah!
Kakak dan ibu usai solat Maghrib. Tu kerusi kuning kakak yang dibeli di IKEA.
Kakak dah boleh baca Surah Fatihah dalam 'slang'nya yang tersendiri.
3 Qul dan ayat Kursi.
Mengucap 2 kalimah syahadah, ambik wudhuk dan nasyid
dan kenal anggota badan dalam bahasa arab.
Wahid sampai 'asyara pun dah boleh hafal.
Alhamdulilah!
Bila kakak dah boleh semua tu,
ibu pun ajak-ajak la kakak solat sama-sama.
Ibu baca sedikit kuat agar dia boleh mendengar dan baca bersama-sama ibu.
Nak tergelak pun ada.
Adoiiii....dah la payah nak kyusuk!
Tapi ibu tetapkan hati dan minda juga.
Paling best bila part kalimah syahadah dalam tahiyat awal dan akhir.
Habis 2 kalimah tu, kakak laju saya baca "Aku bersaksi sesungguhnya..."
(kat sekolah ustazah ajar mengucap beserta makna)
tapi cepat-cepat dia kembali
ikut bacaan ibu bila ibu baca sambungan yang lain!
Lepas ni kena cari telekung dan sejadah khas untuk kakak!

3 comments:

Softtouch [Hanim] said...

pndainya kakak...sejuk hati kan bila anak2 dah pndai sebut kalimah2 suci tu..Alhamdulillah...

amboi 2 beradik tu lasak yer..boboy katakan...:)

leyzajamil said...

Alhamdulillah..sejuk perut ibu mngandungkan dia..
Tahniah!!

Zakiyah Zainon said...

hanim :Alhamdulillah...2 boy tu memang sangat lasak...tapi kalau dok diam, risau jugak takut sakit ke apa...tak pa la..lasak la..janji sihat kan...

leyza : alhamdulillah....tq

Related Posts with Thumbnails