Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, March 25, 2011

Kelas dan pelakon montaj.

Semalam ibu ada kelas.
Oh ya! Ibu mengajar untuk program IT.
Subjek yang ibu kena ajar adalah Sistem Digital. Ibu pasrah dan terima seadanya.
Ibu masa kat uni tak pernah belajar sistem digital secara detail.
Tak ingat dalam subjek apa, adalah disentuh sikit-sikit tentang get dan sistem nombor
secara ringkas.
Tapi bila ibu kerja, ibu kena mengajar subjek ni dengan sangat detail.
Sampai ke flip flop yang memang ibu pun flip-flop fahamnya!
Tapi dek kerana tugas, ibu pun belajar sendiri subjek ni.
Berguru la ibu dengan buku dan kawan-kawan yang berkelulusan elektrik/elektronik yang memang terror dalam bidang ni.

Banyak sebenarnya hal-hal IT yang ibu tak mahir.
Yer la,bidang IT ni sangat luas dan sentiasa berkembang dan berubah.
Bulan ni belajar yang ni, bulan depan dah keluar yang baru.
Tak terkejor yoep!

Semalam dalam kelas digital ibu, ibu ajar pasal K-Mapping.
Tengah best² pot-pet, handphone bergegar sebab ibu dah silent mode.
Ibu jarang bawak hp ke kelas, malah henbeg sekalipun.
Tapi hari tu ibu bawa sebab ada acara yang ibu tau kawan seopis ibu mesti call punya.
Ibu pun jawab telefon. "ok..ok..ok"

"ok pelajar semua, hari ni awak kena jadi pelakon" - tetiba!
Students ibu semua dah bising-bising, suka!

"Ok, sila buat amali yang kita buat minggu lepas. Ambil semua alatan kat belakang"
"jap lagi cik aznan nak shooting kat sini. Awak kena jadi pelakon yer. Tahniah"
Suka budak-budak ni jadi pelakon. Sampai ada yang ketar-ketar tangan.
Nak cucuk jumper pun tak masuk masa camera tengah rakam.

Shooting ni adalah untuk pembikinan montaj Kolej Komuniti yang akan ditayangkan masa
Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Johor, April nanti.
Geng-geng multimedia PJB membantu dalam pembikinan montaj ni.
Sapa yang ada kelas masa shooting ni dijalankan, ada la peluang jadi pelakon.
Selain dalam kelas, depa shoot juga di Lecture Hall.
Lama jugak la. Sampai dekat 1230 tgh baru habis penggambaran.

Bila habis shooting, ibu pun dah hilang mood nak sambung. Masa ada 1/2jam lagi.
Meja yang disepahkan dengan alatan tadi tak kemas lagi.
"oklah...kita dismiss la. Minggu depan saya habiskan topik ni. Khamis ada ujian"

2 comments:

jijah said...

sebelum kelas ko...crew tersebut masuk kelas aku... wakakakkakaka
kemas sekejap makmal tu...

wiznie's BLOG said...

kt PRL ek..patutla aku masuk smlm ptg cam kemas jek..hihi..dh agak dah..

Related Posts with Thumbnails