Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, March 20, 2011

Kisah pukul 4 pagi

Setiap hari, bila sampai di rumah, ibu akan main-main dulu dengan kembar dan kakak.
Kalau dalam kereta, adik/abang dah menunjukkan tanda-tanda mengantuk, ibu akan
masukkan abang/adik dalam buai.
Buai ada satu, jadi sorang akan lepak atas toto dengan ibu.

Selalunya pukul 9 malam, depa dah lena.
Pernah jugak sampai pukul 12, salah sorang dari kembaq tak lena.
Bukan pernah, memang selalu pun :P
Padahal dah mengantuk sangat. Kalau 2-2 lena awai, ibu la yang seronok.
Boleh update blog ngeh..ngeh..ngeh...
Type entry banyak-banyak, set auto publish!

Tapikan, tiap-tiap pagi dalam pukul 3 - 4 pagi depa mesti jaga, dua-dua pulak tu.
Lebih parah bila jaga serentak..memang kembaq betui depa ni.
Bukan setakat jaga, bangun merayap siap main-main lagi.
Time tu la ibu sangat seronok membuai lena, depa pula jaga.
Terpaksala ibu buka mata, ala-ala garfield adanya.
Pejam celik..pejam celik tengok kelaku depa.

Agak-agak habis sorang sebotoi susu tu, depa lena dak? Mata nampak kuyu kan?
Macam dah lali sangat adanya.
hehehehe..idok adonyaaa depa nak terus lena!
Sorang kena tangkap masuk buai, sorang kena tepuk tidur gaya manja.
Kadang-kadang kalau dah mengantuk sangat, depa lelap jugak la sambil minum susu tu.
Tapi amat jarang sekali.
Ibu dan pejam mata dengan harapan depa lena sambil minum susu.
Bila buka mata, tengok-tengok, nun dok hujung kaki dok main sorang-sorang!
Sementara nak besaq kan! Sabau aja laaaa...

No comments:

Related Posts with Thumbnails