Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, March 21, 2011

Kuah laksam sambut kakak...

Sempena menyambut kepulangan kakak dan nenek dari holiday sakan,
ibu dengan jayanya telah memasak kuah laksam. Kuah saja ya!
Ke'teringin'an nak makan laksam ni muncul setelah 2 hari ibu berjaya ganti puasa.
Ada lagi 20 hari baki...fuuhhh.
Kerana nafsu nak makan semasa berpuasa tu sangatlah tinggi, balik kerja singgah kedai beli ikan kembung sekilo.
Angkut bunga kantan 3 kuntum, kacang panjang dan lengkuas seketul.
Daum kesum dah beli. Beli bukan sebab nak masak apa-apa.
Ibu beli daun kesum sebab nak ambik batangnya nak tanam hehehehehe

Balik rumah, berjaya tidurkan kembaq awal.
Kalut-kalut siangkan ikan dan rebus sambil-sambil tu masa bubur baby untuk esok.
Malamnya tidur awal, letih puasa.
Dalam hati dan timbul bunga-bunga malas nak buat kuah laksam!

Pukul 5 pagi jaga. Isshhh..sayang ikan sekilo tuh!
Kang busuk kalau tak dibuat apa-apa.
Gagah bangunkan diri, perisi ikan, blend tulang, blend bawang besar dan halia.
Masuk dalam periuk. Panaskan bawang dan halia. Masuk air blend tulang.
Tumbuk lada hitam, campak dalam periuk.
Potong bunga kantan, campak dalam periuk. Ketuk lengkuas, campak dalam periuk.
Dan mendidih, masuk isi ikan yang dihancurkan.
Masuk santan 200ml, cukup la lemak sikit-sikit. Adjust garam gula! Biar mendidih sat.
Sambil-sambil tunggu, blend cabai besaq + nampla buat sambal.

Kuah saja yang ada. Laksamnya non ada.
Lunch hour time Jumaat, ke Kipmart beli laksa segera dan taugeh.
Rezeki ibu mengandung Hidayah dan Kak Yani merasa laksam menyambut kakak dan nenek ni.
Kalut-kalut makan, sebab petang ada miting dengan team observe LI.

2 comments:

mama.nea said...

sdpnya laksam bu....kita sama2 berhempas pulas puasa ibu ye...mama pun...tp mood rajin memasak mcm ibu 2 mmg hilang ghaib trs...dulu, bgn pg pam susu dulu tggalkan dlm botol takut nia nak susu,turun dpr buat bfast...ptg, blk je kj, letak nia kat ayah dia, sinting lengan bj, buat mknn ptg...lps 2 prepare mkn mlm....kalut yg sgt membahagiakan...

Zakiyah Zainon said...

tu la mama..demi untuk keluarga, kalau kita penat tapi tetap boleh buatkan...
10 years coming, mama akan sibuk sangat melayan ayah dan adik-adik nia...insyaALlah for sure!

Related Posts with Thumbnails