Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, March 22, 2011

Main-main

Sapa yang ada baby lelaki, mesti tau macamana kelasakkan anak lelaki kan?
Pada sapa yang ada anak kembar lelaki,
mesti lagi faham 'penat semput' menjaga depa kan.
Tambah kalau tak dak bibik macam ibu ni. Dah la tak dak bibik, en suami pun keja shift.
Sedara mara, mak pun jauh nak tolong.
Memang kena tolong diri sendiri sajala. Tak larat pun, kena buat-buat larat juga!

Ibu sangat merasainya.
Kalau ibu dah tak boleh nak handle atau ibu dan penat, ibu biar saja depa nak buat apa.
Tapi ibu dah pastikan area tu tak dak benda-benda yang boleh membahayakan depa.
Kalau ibu ada kerja kat dapur, ibu akan sekali sekala jenguk depa buat apa.

Ni kisah pagi yang ibu bangun masak kuah laksam.
Depa ni kalau tak nampak ibu, depa boleh main sunyi sepi.
Tapi kalau nampak bayang ibu melintas, terus macam nampak garuda,
mintak diselamatkan segera.
Mula la mengesot laju-laju cari ibu.

Sambil-sambil ibu masak, ibu mengendap depa. Ok, main baik.
Lama skit buat keja, ibu pi jenguk balik. Ok lagi kat atas toto.
Sekali, ibu jenguk, tengok-tengok depa dah ketepi.
Abang dah pegang tayar stroller yang parking kat tepi dinding. Macam nak drive dah.
Yang adik, mana abang pi situ la dia ikut.
Tengok, bukan duk kat tepi, atas abang sekali dia parking!
Yang abang, diam saja!

Ibu tengok ok, ibu pun sambung la buat kerja.
Janji depa bahagia!
Seperti biasa, hanya berbaju dan pampers saja ya..
comel pulak :P
(sapa lagi nak puji anak-anak kalau bukan maknyer kan?!)

3 comments:

kak Erna said...

zakiyah..memang comel pun..
mak cik dulukan..masa ada anak kecik..tak masak kalau takde yang tolong tengok kan anak..tak berani nak tinggal..

Zakiyah Zainon said...

makcik ekk..ke kak erna..mana satu nak panggil ni hehehe
saya terpaksa la berani-berani tinggalkan juga, kalau tak mcmana nak buat keja hehehe..tawakal tapi jengah2 jugak la..
tinggal pun tak jauh, jalan 5 tapak dah nampak apa depa buat :P

dana said...

bila baca cite kak lip sorg ni mcm rasa k.lip tgh cerita pasal sy plak..sama sebijik storylife kita.. perangai hero2 comey kita pon sama ja...BERTUAHnya kita...Kan? Kan?

Related Posts with Thumbnails