Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, March 31, 2011

masak cabai vs asam pedas

Seperti biasa, bila datang hujung minggu dan tanpa ada halangan,
kami sekeluarga akan pulang ke Singapura.
Minggu lepas sama juga adanya.

Terkini, mak mertua (selepas ini disebut mak) sangat suka akan satu masakan ibu ni.
Satu saja ok hehehehehe yang kena dengan selera diam mungkin!
Kalau kat Kedah, ibu namakan masakan ni masak cabai.
Sebab bahan utamanya adalah cabai atau cili kering @ cili boh.
Kalau kat kampung, ibu suka gunakan ikan kembung.
Kat Johor ni, ikan kembung yang ibu suka tu dipanggil ikan kembung batu.
Sebab ibu dah terbiasa dengan ikan tu, sampai ke sini ibu akan cari ikan itu saja.
Dan akhirnya, mak pun dah tersuka dengan ikan kembung.
Sebelum ni memang mak 'layan' ikan-ikan besar macam siakap, kerapu, bawal dan yang seangkatan dengannya.

Balik sana minggu lepas, mak minta ibu masakkan masak cabai tu.
Tapi mak namakannya asam pedas.
Mungkin sebab rasanya yang masam-masam dan pedas macam asam pedas, maka mak menamakannya sebegitu.
Belasah la, janji ibu tau masakan apa yang mak nak ibu masakan tu.

Sekali, mak keluarkan kepala ikan kerapu.
Mak aaaiii...cabaran ni. Selalu masak ikan kecik² saja dan kuantiti pun tak banyak.
Pandai la agak bahan-bahannya sebab ibu memang masak main campak saja.
Ini kepala ikan. Besau pulak tu.
Argghhh..belasah la.
Gunakan gerak hati saja la. Campak saja macam biasa!

Ibu pun tumis la bawang merah dan halba.
Masukkan cili boh dan masak sampai cili tu betul² masak.
Masukkan asam keping dan garam.
Tambah air then masukkan kepala ikan kerapu tu.
Dah mendidih, baru masukkan bendi.
Harap mak berselera la makan masakan ibu ni sebab mak memang choosy bab-bab makan ni.

Taraaaa....masak cabai @ asam pedas kepala ikan kerapu tengah mendidih.
Macam kuah kari pun ada nampaknya.
Effect cahaya kot. Lagipun camera handphone murahan.
Dok tunggu bila en.suami nak belikan Iphone 4 yang boleh fuction macam DSLR tu
ngeh...ngeh...ngeh...

Dah mak berjaya makan dengan banyaknya.
Alhamdulillah, mujur kena dengan selera dia. Kalau idak, sedih jugak la kan.
Tak dapat memenuhi keinginan mak kita.

9 comments:

mala said...

tak pernah masak ni, boleh try rasa mcm kena dgn tekak. akak kedah kat mana? husband mala orang changlun.

Ms.Lilies said...

nampak cam syok je tu c.kiah...
tp aku pun ikan gedabak2 tak reti nak masak byk2...takat stim tu berani

Zakiyah Zainon said...

mala : saya kedah kat bt 17 jalan kodiang, dekat tunjang..changlun pun dekat saja dengan kg saya (ikut jalan tikus hehehe) dulu saya blajar kat uum..hehehe





mimi: tu la..aku asal ikan besaq ni aku msak stim tak pun sweetsour atau 3 rasa...aku belasah saja ikut instict huhuhuhu...

mala said...

mentua mala dulu meniaga kat dlm UUM. la ni dok juai limau bali kat dpn rmh saja.

nanne_manja said...

Wahhhh wahhh...sakan memasak asam pedas...:D
Dik sempat tak belikan pan bolat ikea itu??kalau dah belikan, nanti akakk bayar ke ko next week ...

Zakiyah Zainon said...

mala: hehehehe...miss UUM. dah lama tak jejak ke sana




kak yani : i tak beli lagi, iA minggu ni balik sana singgah IKEA...i kena suruh IKEA lantik i jadi duta la pas ni hehehehe

nanne_manja said...

yup..setuju sangat kalo ikea lantik u jadi duta..bleh akak mintak diskaun nak buat kitchen cabinet..hehehehe

Softtouch [Hanim] said...

bestnya mil suka mskn cik kyah...mesti bestkan rasa bila mil suka mskan kita...

Zakiyah Zainon said...

hanim: sangat terharu hehehehe kembang pun ada :P suka bila tengok dia makan bertambah dan hirup kuah masakan kita tak berenti2..:P

Related Posts with Thumbnails