Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, March 30, 2011

Misteri ibu menghilang...


Adaka yang tercari-cari ke manakah ibu menghilang?
Seharian blog ibu ni tak berupdate.
Ibu tak sempat nak buat entry pada malamnya yang selalunya ibu akan set autopublish.
Malam Isnin, makngah dan anakcucunya bertandang ke rumah ibu. Kelam kabut ibu kemas rumah dan memasak.
Malamnya dah flat nak mengadap blog.
Esoknya, Selasa pagi-pagi lagi ibu dah
terkocoh-kocoh bangun (lewat bangun) sebab ibu ada miting di Segamat.

Ibu ada mesyuarat bersama kawan ibu ni, Siti.
Dia seawal 630 pagi dah sampai kat opis. Ibu?? hehehe pukul 7 baru sampai.
Mulanya ibu dah jaga pukul 5 pagi, terasa awal sangat + mata masih mengantuk dan letih.
Pejam mata balik. Sekali jaga..toinggggg!!! dah 6.15 pagi!!!
Macam lipas kudung ibu jadinya. Mujur ibu tengah kibar bendera merah.
Dalam masa 15 minit ibu siap berpakaian dan dah buka pintu rumah.
Mula la ibu angkut sorang-sorang anak-anak ibu masuk kereta.
Ayah tak dak nak tolong. Dia keja shift malam.
Gigih la ibu senaman sorang-sorang. Berpeluh beb!

Siap dan kunci pintu rumah dan bukak gate. Masuk kereta.
Alamakkkk! Botol air kakak terlupa pulak!
Mengamuk kakak nanti kalau dia sedaq bekas air dia tak dak.
Turun kereta, buka pintu rumah,cepat-cepat capai botol tu dan terus keluar kunci pintu.
Takut sebab gate semua dah ternganga. Enjin kereta dok hidup.
Kang ada pulak penyangak bawak lari kereta sekali dengan anak-anak!

Pukul 7++ pagi kami bertolak ke KK Segamat.
9.08 pagi sampai la kat sana. Bos dari jabatan tak sampai lagi.
Dan la kami berborak-borak isi masa lapang sebelum perbicangan serius bermula.
Tapi tak la serius sangat hehehe

Ibu dalam miting dan lagi snap gambar sendiri.
Siti yang kat sebelah ibu mesti tak perasan aktiviti ibu ni hehehehe

Gambar kat bawah adalah antara ahli mesyuarat yang hadir.
Tudung pepel tu Kak Aida dari HQ bersama Encik Azman yang kat tengah tu.
Banyak maklumat yang ibu dan Siti dapat dan baru tau.
Maklumla, ibu baru dapat tugas baru ni. Tapi tak dak alasan kami tak boleh siapkan kerja.
kan siti kan...?

Pukul 3++, mesyuarat tamat.
Lepas salam peluk cium dengan kawan² , kami pun bergerak balik ke Pasir Gudang.
Sambil teman driver, kami bertiga (ibu, siti & driver) bergosip-gosip dalam kereta.
Buat hilang mengantuk katanya :P
Pukul 530 kami selamat sampai ke pejabat.
Dan malamnya ibu mendapat habuan - migrain menyerang!
Sampai la ke pagi ini...

1 comment:

jijah said...

seb baik ko tak amik gambar aku tgh milk-processing-under-meeting-table.

so...puan bos, kita nak mulakan kerja kita dari mana eh???

Related Posts with Thumbnails