Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, March 9, 2011

Perfumes Sale

Saya bukanlah penggemar perfume yang fanatik.
Pakai takat-takat nak hilangkan bau badan saja. Itu pun ikut mood.
Rasa nak wangi pakai..selalunya jarang pakai pun :P
Koleksi perfume saya ada lah 2-3 botol saja.
Yang dah licin perfume hantaran kawin dulu - Eternity. Saya yang request nak itu.
Baru-baru ni saja dah habis. Bagitau ayah dah habis tapi dia buat2 tak paham :P
Baru-baru ni dia bagitau, ada warehouse sale.
Eternity ada offer tinggai 38 dollar.
Ingat ayah nak belanja, sekali ayah dah sempput sebab baiki motor almost 300 dollar.
Takziah ayah!

Balik Singapore hujung minggu, harusla terjah ke sana - Ubi area.
Kena pula ayah nak bayar duit balance baiki motor dia (ayah hutang 20 dollar).
Bagi baby makan dan tidur, keluar bawak kakak.
Kalau tinggal kakak kang, mau nenek semput melayan sorang-sorang.

Lepas setel bayar duit motor ayah, terus ke Ubi Tech Park.
Kalau kat M'sia, sales perfume mesti kat lobby shopping complex kan?
Tak pun kawasan yang ramai orang keluar masuk, yang meriah.
Ni kat Singapore, salesnya kat kawasan yang macam jin bertendang. Sunyi sepi :P
Masuk building, naik tingkat 7, jalan belok-belok macam nak masuk pejabat.
Ruang tempat sales tu macam luas hall rumah saya saja pun.
Tapi perfumenya bersusun. Dah nama warehouse sales!

Ada yang ada offer. Ada yang harga biasa. Ada yang murah skit. Ada yang nampak lama.
Nak habiskan stok barangkali. Pusing-pusing jumpa la wangian yang ibu suka tu -
Eternity by CK.
Entah la, jiwa memang masyuk dengan bau itu. Perfume lama lagi klasik gitew.
Ambik 2 botol. Nenek pun nak perfume yang sama dengan ibu.

Bayar, terus berangkat ke IKEA pula.
Nak beli meja LACK (iklan meja menari-nari tu) dengan kerusi untuk kakak buat keja.
Dah alang-alang dapat keluar ni, gunakan sepenuhnya.
Maklum la...nak tunggu time ayah free macam ni memang payah,
walaupun IKEA tu cuma 10 minit dari rumah.

1 comment:

Softtouch [Hanim] said...

bestnya ada perfume sale...msti wangi je tmpat tu kan..samalah sy bkn fanatik perfume..suka biasa2 jer

Related Posts with Thumbnails