Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, March 27, 2011

Pukul 4 pagi

Ini kisah pukul 4 pagi lagi.
Adalah biasa dua beradik kembar ni bangun dan bergelak ketawa.
Berak adalah aktiviti wajib depa. Sorang berak, tengok la pampers lagi sorang.
Mesti ada isi juga.

Abang bangun, adik pun jaga.
Adik dah tukar baju sebab dah lencun dengan kencing tapi pampers tak penuh.
Abang landing atas ibu yang terpaksa bangun kalau dua-dua tak lena.
Abang tu lali-lali lagi sebenarnya.
Adik pun mengantuk, dok menguap tak berenti tapi boleh dok bergelak ceria.

Ibu pun capai camera. Jom kita bergambar. Nanti ibu masuk blog kita!
Pukul 4-5 pagi adalah masa biasa depa berjaga.
Esok ibu ada kelas, tapi dah alah bisa tegal biasa.
Kalau esoknya ibu mengantuk, harusla ibu terjah surau kekdahnya!

2 comments:

kak Erna said...

Zakiyah..pengorbanan seorang ibu membesarkan anak.tak cukup tidur perkara biasa kan.tak pe masa kecik je.insyaallah dah besar nanti..tak bangun dan pukul 4,5 pagi tu..

Zakiyah Zainon said...

tu la kak...harap-harap anak-anak saya ni kenang la pengorbanan ibu depa ni bila dah besaq nanti..hehehehe

Related Posts with Thumbnails