Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, March 10, 2011

UPDATED : Rania, sembuhlah sayang (sticky mode)

UPDATED (8 Mac 2011):
Baby Rania telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 5 petang tadi dipangkuan mamanya.
Allah lebih mengetahui kenapa Baby Rania dijemput untuk menjadi bidadari syurga.
Mama Nia redha. Itu yang terbaik.
Ibu doakan Mama Nia dan papa nya tabah mengharungi dugaan ini.
Allah menduga kita kerana dia sayangkan kita.

♥----------------------------------------------------------------------------------♥
8 Mac 2011
Ketika saya mengandungkan kembar,
Mama Nia a.k.a Rusliana jugak tengah pening-pening mengandungkan Rania.
Kami sama-sama mengalami alahan yang teruk.
Tapi rasanya Mama Nia lebih kuat berbanding saya sebab dia masih mampu naik turun tangga.
Saya, hanya mampu duduk di kerusi sambil melentokkan kepala di meja.

Waktu lunch, kami akan makan bersama-sama di ruang dapur PSH.
Kak Is dan Wan setia melayan kami dengan menu masakan mereka.
Asal dah siap semua hidangan, saya dan Mama Nia akan masuk makan sambil potpet-potpet
bercerita tentang alahan dan masalah yang kami hadapi.
Wan yang masih dara ketika itu, mendengar sambil sekali sekala mencelah.
Kak Is yang sudah berpengalaman turut berkongsi kisahnya juga.

Tika perut kami lebih kurang 4 bulan usianya,
permohonan pindah Mama Nia ke Pahang telah berjaya.
Hilanglah sorang teman makan saya.
Mama Nia memang gembira ke sana, dapat bersama keluarganya dan juga suami tercinta.

Kemudian kami sama-sama melahirkan, rasanya saya dulu kemudian baru Mama Nia.
Berselang beberapa hari saja rasanya.
Rania lahir pra-matang, 35 minggu, lahir sama macam kembar- keluar ikut 'tingkap' (tak salah ibu).
Dalam sama-sama berpantang,
Mama Nia sering ber'sms' dengan saya bertanya itu ini.
Pasal bengkung, pasal ubat lepas bersalin.
Kami bertukar-tukar maklumat dan bertanya khabar tentang anak masing-masing.
Dia juga turut berkongsi rasa sedih di hari pertama menyerahkan Rania pada pengasuhnya.
Sama seperti saya dulu. Berjuraian air mata terkenangkan anak
yang ditinggalkan dengan orang lain.

Tapi semalam (mc sebab gastrik) tika di rumah, saya dikejutkan dengan sms tentang hal Rania.
Rania ada masalah jantung berlubang dan kini paru-parunya juga dijangkiti kuman.
Semalaman lena saya tidak nyenyak.
Asal buka mata, pandang baby kembar saya,
ingatan terus pada Rania walaupun kami belum pernah bertentang mata.

Pagi ni masuk opis, terus buka FB Mama Nia.
Bergenang air mata tengok keadaan Rania.
Saya dapat membayangkan bagaimana perasaan seorang ibu.
Tapi saya tahu, Mama Nia kuat orangnya.
Mama Nia tabah orangnya. Pasti Mama Nia dapat mengharungi detik-detik getir ini.
Dan Rania juga kuat orangnya.
Buktinya, Rania tetap utuh di dalam rahim ibunya walaupun ada masalah ketika Rania di dalam kandungan Mama Nia.
Rania mesti kuat sayang! Mama Nia juga mesti kuat!

Ya Allah, Engkau peliharalah anak kecil ini. Berikanlah kesihatan yang baik padanya.
Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik buatnya.

Tika ini, Rania masih di ICU Hospital Temerloh.
Moga Rania cepat sembuh.
Sembuhlah sayang....

p/s:
Gambar dari FB Mama Nia. Halalkan yer dik!

8 comments:

jijah said...

Aku sedih sangat...sedih sangat...

Zakiyah Zainon said...

aku pun sedih

Nurul said...

Innalillah. Berbahagialah wahai mama rania kerana perginya rania dalam keadaan yang masih suci bersih tanpa terpalit sedikit dosa pun. Berbahagialah kerana perginya untuk menghuni syurga yang kekal abadi.

Semoga keluarga arwah bersabar dan redha.

Nadt said...

takziah pada mama nia..malam tadi saya sempat melawat keluarga mama nia..bercucuran air mata melihat wajah suci nia buat kali terakhir..jenazah selamat dikebumikan malam tadi.moga rohnya dicucuri rahmat..

Nadt said...

Xpe kak, walaupun jauh kita masih dapat doakan nia.kami rakan2 opis di sini pun memang agak terkejut dengan berita ni.macam cepat je dia pergi sebab minggu lepas khabarnya nia demam saja.tapi Allah lebih sayangkan nia.hanya mampu meminta kak rusliana dan keluaraga terus tabah.

Softtouch [Hanim] said...

sedih sgt..takziah utk mama rania..ada hikmah disebaliknya itu..sabar yer...

Cik Olive said...

sedihnya...terkenang pulak kalo kita ditempat mama rania belum tentu kita sekuat dia kan...salam takziah untuk mama rania. bidadari syurga itu pasti setia menunggu mama dia di syurga...

Blog Fida said...

Sayu nye tengok muke baby tuh....

Related Posts with Thumbnails