Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, March 3, 2011

Salam dari kejauhan

Hari ni mak saya akan memulakan perjalanannya ke rumah Allah.
Petang ni bertolak dari Alor Setar ke KLIA. Pukul 4 pagi bertolak dari KLIA ke Jeddah.
Ikut bersama mak ke sana, tok, adik pali (sepupu), mak ngah dan mak lang.
Plan tergempaq katanya. Tetiba rasa nak pi.
Ada iklan kat radio, terus call bagi nama.
Jadi! Mudahkan!

5/3, adik saya akan kembali ke Mesir bersama anak-anak Kedah lain.
Tiket ditanggung, duit poket diberi (tak masuk berita kan?). Apa lagi nak?
Kedah negeri pertama yang menghantar anak-anaknya yang belajar di Mesir pulang ke sana.
Adik saya mencelah antara anak-anak Kedah yang balik melalui Ops Piramid.
Pi dulu pun kelam kabut, balik hari tu pun tetiba saja.
Pi balik kali ni pun sama kelam kabutnya!

Adik saya bertudung hitam, 3 dari kiri (masih solo dan mencari hehehe)

Saya tak dapat bersama untuk sesi babai-babai.
Ini lah lumrah bila hidup berjauhan dari kampung halaman dan keluarga.
Tapi doa tetap ada buat semua.

Selamat berangkat! Ma'assalamah!

1 comment:

azieazah said...

Semoga selamat pergi dan kembali.
Semoga perjalanan lancar dan dirahmati.

Apapun juga halangan, perjuangan kehidupan mesti diteruskan....

Related Posts with Thumbnails