Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, March 24, 2011

Senaman pagi

Apasal ekk...baby kan memang suka main kat tempat-tempat yang pelik.
Tempat yang kita tak nak dia pi, situ la faveret dia.
Kawasan yang ibu lindung dengan segala bantal dan toto, situ la dia nak terjah.
Heran bin pelik ibu jadinya.
Tu pasal, kadang-kadang ibu biarkan saja depa meneroka tempat-tempat yang depa suka.
Kalau dah menangis mohon bantuan, ibu akan pi selamatkan.
Agak-agak dia main ok (tak menangis), ibu pun biarkan la.
(tak kena pulak tajuk dengan cerita ekk...belasah!)

Tempat faveret depa kat rumah ni adalah sama.
Kat mana abang pi, adik akan ikut. Kat mana adik parking, abang akan mengikut.
Tu kalau dua-dua berjaga la. Kalau sorang jaga, sorang tidur kat bawah (atas toto),
yang jaga ni akan mengesot pada yang tido tu ala-ala nak kejutkan suruh bangun pun ada.
Dia langgar-langgar suruh bangun, siap parking atas badan tu.
Sebab tu ibu selalu 'selamat'kan yang tidur tu masuk dalam buai.

Si, bila dia sorang-sorang kat atas toto, pandai la dia main.
Langgar kakak, kakak memang tak akan sedaq pun.
Jadi dia mula la merayap ke mana yang dia suka.
Ni adalah salah satu tempat yang sangat digemari kembaq.
Tapi masa ni abang saja yang jaga, adik selamat ibu dah masukkan dalam buai.

See..muka ala-ala komando masa latihan mengesot berhalangan (yer je ibu bagi nama!)
Nampak segala bola dan mainan kat bawah kerusi tu.
Bersepah-sepah kat bawah kerusi tu.
Bila dan boring dia akan keluar dengan sendirinya.
Kalau ter'cepit', dia jerit la minta bantuan.
Gambar kat atas tu masa abang tengah senaman pagi. Sangat pagi ok.
6 pagi dan mula bersenam!

No comments:

Related Posts with Thumbnails