Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, March 21, 2011

Takziah dan Tahniah, Jepun!

Semua orang sudah tahu, Jepun di timpa musibah.
Bermula dengan gempa bumi, diikuti dengan Tsunami dan kemudian loji nuklear bocor.
Datang bertamu juga salji dan gempa-gempa susulan.
Ibu sangat simpati. Dunia juga simpati.
Ujian demi ujian yang datang pada rakyat Jepun.
Takziah untuk itu.

Tapi tahniah juga pada Jepun. Pada semua rakyat Jepun.
Dalam keadaan darurat yang teramat-amat, rakyatnya masih tabah dan beradab.
Masa kalut Tsunami melanda, ibu tengok berita.
Doktor Jepun memuji rakyatnya, walaupun dalam keadaan kucar kacir dan kelam kabut,
rakyatnya masih mengikut peraturan.
Masih beratur menunggu giliran.
Tiada jenayah rompakan sewaktu huru hara menguatkan lagi Jepun sebagai negara beradap.

Cuba tengok rakyat Malaysia macamana?
Lori duit terbalik, pakat pi kutip duit. Lori beras terbabas, pakat pi kutip beras.
Kalau jalan jem pakat memotong belah kiri menyelit nak ke depan.
Kutuk lebih-lebih pun macam meludah atas batang hidung sendiri kan.
Letih nak bercakap.
Letih nak komplen dan komen dalam hati.
Bila la majoriti rakyat Malaysia boleh jadi bangsa yang beradap macam Jepun ekk...

Panorama biasa jalanraya di Malaysia.
Gambar di atas adalah di Jalan Masai-Plentong.
Hiway Pasir Gudang (kanan atas) jem. Jalan bawah jugak jem.
Tengok la sikap rakyat Malaysia yang sangat 'bersopan' dan 'beradap' di jalanraya!
Memang tak dak sapa boleh challenge!
Terbaek dari ladang!

No comments:

Related Posts with Thumbnails