Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, March 19, 2011

Tidur gaya manja

Sejak baik demam ni, abang dan adik bertambah manja.
Adik terutamanya..manjanya mengalahkan abang dah.
Abang sekarang nampak makin matang dalam sinar-sinar kemanjaan yang belum hilang.
Kalau adik nangis nampak ibu, abang cuma senyum dengan penuh cool.
Senyum senget pulak tu sambil jeling² dengan mata sepetnya.
Memang penggoda!

Ibu suka anak-anak manja dengan ibu.
Suka akan 'rasa' sangat² diperlukan anak-anak.
Nampak ibu mesti merengek nak kan kita. Nampak ibu mesti nak peluk dan duduk atas riba.
Seronok bila adik dan abang berebut-rebut nak naik atas pangku ibu.
Seronok dapat peluk dua-dua anak ibu yang 'renyeh' tak berenti bila ibu dekat depa.
Kalau boleh, nak anak-anak manja dan terus rasa memerlukan kita sampai bila-bila.
Memerlukankan tidak bemakna bergantung harap, ok.

Contoh gaya tidur terkini. Model adalah adik.

Sejak baik deman, abang atau adik, asal nak tidur gini la gayanya.
Kalau sorang masuk buai, sorang lagi akan ibu tidurkan macam ni, lena atas dada ok.
Tangan sebelah peluk yang kat atas badan.
Tangan kiri ( lagi sebelah) enjut buai.
Oh..buai tu ibu dah ikat tudung kat hanger-nya, jadi senang la nak enjut buai sambil baring.
Kreatif kan!? hehehehehe

Awat ibu buat macam tu?
Nak buat lagu mana cik kiyah oiiii...kalau ibu letak saja dia atas bantal, bukan dia lena.
Padahal matanya dah mengantuk sangat.
Sebelum dia dapat lena sendiri, habis satu hall dia jelajah. Silap² sampai ke dapur.
Untuk senangkan ibu, ibu tangkap, peluk letak atas dada.
Tepuk-tepuk bontot, dia pusing kepala kiri kanan, mata terus pejam kekdahnya.

Selalunya aksi macam ni bila depa bangun tengah malam la.
Time tidur pukul 9 pun kadang-kadang macam ni jugak.
Yang bestnya, ibu pun siap terlena sama sambil² tidurkan anak macam ni
hehehehehe

Tapi kalau ada kakak, kesian dia.
Sebab dia nak jugak peluk ibu. Selalu ibu pujuk dia
"sekejap ekk...ibu sleep baby dulu. Nanti ibu kawan dengan kakak pulak"
Lepas baby dah lena, ibu letak baby dan akan panggil kakak tidur bawah ketiak ibu.
Peluk-peluk, cium-cium pastu tepuk bontot dia pulak.
Kena pujuk la kan.
Nanti dia rasa terabai dan tak adil pulak. Bukan nak abaikan dia tapi terpaksa.
Terpaksa dahulukan adik-adiknya yang kecik tu.
Ibu tau, kakak mesti faham kan! Kakak kan dah besauuuuu....

p/s:
Kakak dah balik bercuti. Semalam ibu jemput kakak dan nenek di Larkin!

3 comments:

mama.nea said...

mama nia pun sgt rindu memeluk....abg,adik,kakak, peluk mama nia ye syg....

Softtouch [Hanim] said...

sy pun suka anak2 bmanja ngan sy..betul..rasa mcm diperlukan sgt...

Zakiyah Zainon said...

mama : abang, adik, kakak sedia dipeluk mama...datang la jalan2 tenangkan hati kat sini...ramai menunggu nak peluk mama

hanim : risau kalau besaq nanti depa lebih pentingkan kawan2 dari kita..sedih rasanya..

Related Posts with Thumbnails