Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, March 18, 2011

Ya Allah, panasnya api dunia...api neraka macamana la ????

Tajuk entry tak boleh 'blah'. Insaf sangatkan!

Ini sambungan kisah ibu masak ayam goreng kunyit tu.
kan ibu ada bagitau yang ibu kemalangan.
ha...ini la kisahnya!

Siap goreng ayam, ibu buang sikit minyak goreng ayam tu dalam mangkuk melamine.
Letak balik kuali, mula tumis bawang dan jintan yang dah ditumbuk.
Ibu angkat mangkuk berisi minyak tu nak letak kat tepi sikit.
Sekali, arrggghhh.....panassssssssss!!!!!
Terus saraf ibu bertindak dan otak set lepaskan mangkuk tu (istilah sangat tak saintifik kan?).
Maka terlepaslah mangkuk tu dan minyak panas tu dan terkena tangan ibu.
Mujur ibu sempat mengelak ala-ala jurus ke 8 dari kena baju ibu.
Mau me'rhekot' baju opel (opel murah saja) ibu kalau kena minyak panas
pastu melekat pula kat isi kaki ibu (ni bayangan saja tau!)
ohhh! sangat ngeri ok.

Dalam kelam kabut, terus ibu bukak air paip lalukan air
kat jari ibu yang terkena minyak panas tu.
Lama ibu buat macam tu tapi bila tarik jari dari ayaq,
pedihnya....perrgghhh..tak terungkap dengan kata-kata.
Yang mampu disebut "ayang...sakittttt"
Pedih tak hilang-hilang. Sambil terlompat-lompat tahan sakit.
Dah tak tahan sangat, suruh ayah ambik ketul ais yang ibu buat guna bekas plastik air McD.
Masukkan ketul ais tu dalam bekas. Isi ayaq sikit. Rendam tangan yang sakit tu.
Dalam ais hilang sakit. Angkat saja, berdenyut-denyut sakit.

Sampai 'cayaq' seketul ais, ayah pun sapukan ubat gigi Colgate.
Tapi pedihnya tak hilang-hilang. Berdenyut-denyut..nyut-nyut...nyut-nyut.
Cepat² ibu rendam balik tangan yang dah disapu Colgate tu dalam bekas ais tadi.
Habis ubat gigi tu hilang lebur dalam ayaq.
Cuba tengok bekas ibu remdam tangan tu, periuk yang ibu gunakan.
Mana yang dan capai, ibu guna saja.
Dah sakit-sakit ni, saraf otak bertindak saja mana yang dan :P

Sakit tak hilang jugak. Ibu ambik lagi seketul ais.
Rendam macam tadi. Sakit tak hilang-hilang. Dalam ais, ok. Angkat..tak boleh tahan!
Terbayang kes budak yang kena letrik kat Klang tu.
Macamana la sakit pedih yang dia rasa. Ibu kena 3 jari pun dah tak keruan.
Pastu teringat pulak...
Ya Allah, ni kifarah kat ibu kot.
Sebab malam minggu haritu, ibu tak solat Isyak.
Lena keletihan masa baby adik yang demam panas mengamuk bersama-sama abang sampai pukul 2 pagi. Jaga-jaga dah pukul 6 pagi. Berdosa sangat rasa.
Ni baru panas kat dunia...

Tangan ibu dalam ketulan ais kedua. Ni dah guna mangkuk cantik sikit.
Masa ni saraf otak dah kembali normal.
Habis ketul ais tu, ayah sapu ubat gigi lagi sekali. Sebab ketul ais dalam peti dah habis.
Kalau tak ibu rendam lagi rasanya. Ayah kata tahan la sikit.
Ibu pun tahan la. Mujur ayah ada uruskan baby.
Semua ayah buat. Ibu arah-arah saja ala-ala boss gitu.
Tangan sangat sakit ok. Makan pun hilang nikmat!

Last-last ibu tertidur dengan tangan yang pedih tu. Sedaq-sedaq dah pukul 1 pagi.
Pedih dah hilang tapi macam bengkak sikit, tak boleh nak genggam.
Mintak ayah sapu minyak gamat. Sambung tidur.
Esok pagi bangun tangan dah ok. Tapi ada sikit merah kat celah-celah jari.
Mujur kulit tak mengelembung sebab ibu cepat-cepat lalukan air.
Lepas ni kena lebih hati-hati!

5 comments:

Nurul said...

Fuh. Pedihnya. Teringat masa tangan kena gula cari yang baru nak nak menggelegak masa masak kek gula hangus. melompat2 dalam dapur. huhuhu

Zakiyah Zainon said...

sangat sakit ok..memang terlompat-lompat kat sinki tu

kak Erna said...

zakiyah..memang sakit..
kalau akak kena..cepat2 curah kicap..sapu marjerin..memang sakit..tapi..tahankan sikit..lama2 nanti.perlahan2 sakit tu hilang..

Zakiyah Zainon said...

kak erna...memang sangat sakit uhuk!
nak capai kicap segala dah lupa...majerin dlm peti ais dah beku...sinki saja yang dekat...tu yang tadah je kat air dulu

noora said...

oo..ade ke prtua pakai kicap n majerin..tak tau plak..info bagus ni

Related Posts with Thumbnails