Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, April 14, 2011

Adik cedera

Kisah ni minggu lepas sebenarnya.
Ibu seperti biasa kat opis dan anak-anak dengan pengasuh (mama).
Dalam pukul 11 cam gitu, ibu dapat sms dari mama suruh call sebab credit dia nak habis.
Ibu pun call la..mesti penting tu, kalau takkan dia sms ibu cam tu.

Bila mama angkat, terus dia mintak maaf kat ibu, bertalu-talu

"cikgu...emi mintak maaf sangat-sangat ni" - cikgu panggilan rasmi untuk saya kat area tu.
"awat?" - saya selamba saja, sambil dah boleh agak hehehe
"baby adik jatuh..benjol kepala ni. bercalor skit kena tikar buluh emi ni..emi takut cikgu marah"
hehehehehe takut benau mama ekk kalau ibu marah.
Padahal ibu tak pernah pun marah atau bagi warning sekalipun.
"cikgu mai la tengok..benjol besor ni" - katanya dalam slang orang Pahang.
"berdarah ka? dia nangis ka?"
"tak berdarah tapi calor la...panjang, tadi nangis ni dah dok main dah"
"tak pa...ok la tuh..biasa la tu budak2..."
"emi dok b*rak tadi..tuptup dengor dia nangis. masa emi tinggal semua tido"
"tak pa..takpa"
"emi mintak maaf sangat-sangat...tak sangka bla..bla.." panjang lagi dialognya.
"tak pa..satgi saya pi tengok. Tak dak apa ala tu"

Tengaharinya saya ke sana dengan Kak Yani, meninjau ala-ala lawatan tapak.
Memang benjol besar. Mujur mama dah 'demah' dengan ais.
Lebam kehijauan pun ada nampak bersama garis calar kena tikar.
Tak pa....ibu tak kisah! Asalkan tak patah riuk dah la.

Petangnya, lebam sudah hilang cuma calar yang masih tinggal.
Ntah la, ibu memang jenis yang tak melenting kalau anak-anak luka macam ni.
Ibu faham sebab kembar tengah dapat angin nak berjalan. Sedang sangat gigih belajar berdiri.
Ibu pun kadang-kadang terbabas kawal depa, 'gedegang' jugak jatuh ke lantai!
Marah kat diri sendiri. Kalau ayah yang buat, ayah pun kena marah :p

Ibu yakin, mama berusaha sebaik mungkin menjaga anak-anak ibu.
Kejadian macam ni pada ibu biasa, tak sengaja.
Bukan kes derakan.

Dulu masa mula-mula mama nak jaga baby, dia ada berkata;
"kalau cikgu percaya emi laa...emi jaga la anak-anak cikgu"
Jawapan saya mudah "percaya atau tak, cuma harap emi jaga macam anak sendiri, tu saja".
Alhamdulillah, setakat sekarang ibu berpuas hati.
Takkan kerana satu kejadian macam ni, ibu mesti melupakan banyak lagi kebaikan lain yang
telah mama berikan pada ibu sekeluarga.
Ini jugak tidak bermakna ibu tak sayangkan anak-anak, tak ambik kisah apayang berlaku.
Terpulang pada persepsi sendiri.
Cuma pada ibu kita jangan cepat 'melatah' bila berhadapan dengan situasi sebegini.
Ibu pernah mendengar kata-kata -"tak dak pengasuh yang boleh jaga anak macam aku jaga".
Of course la..kalau macam tu, berhenti la kerja, jaga la anak sendiri.

Kalau ikut hati, ibu pun nak jaga anak sendiri macam kawan ibu, Mimi.
tapi, itu kalau laa...kalau...
heheheheh

7 comments:

Ms.Lilies said...

kdg time kita dok berjaga2 pun depa boleh jatuh gak kan c.kiah...

wiznie's BLOG said...

Alhamdulillah...
kira bagus jugak bagitauu..babysitter x lepas tgn..
mcm tu la anak2 makin mebesor ni..:)

Nurul said...

biasa ler bebudak. Aku ngan teache2 nursery pun tak pernah lagi naik sore bila diorg bgtau anak2 kena gigit lah, jatuh la. Ye la, sednagkan kita sendiri pun kekadang terlepas pandang perangai anak2 kan?

mala said...

dpn mata pun blh jadi mcm2 ni kan pulak bila kita tak ada. parents & babysitter kena bertolak ansur la. actually start next month kami pun akan jadi fulltime babysitter. la ni dok jaga pagi saja. bagi biasa sebelum mak dia start kerja. anak jiran sebelah saja. kesian pulak anak sulong dah tu tak tau nak cari kata mana dah babysitter. semoga dipermudahkan urusan harian.

Huszaini said...

setuju tak boleh cepat melatah.. saya hantar anak ke nursery kadang2 tengok calar ke kena gigit ke, paham laa.. cuma geram bila tanya kata tak tahu.. ermm.. sabar jerlah..

Iena@MaMaJannah&Rizqi, said...

bagus pengasuh chekiyah..bagitau awal2..takyah lah kita dok tertanya2..memang kita kener redha dan tawakal mengahntar anak ke pengasuh,,umpama serah nyawa kita..kadang2 yg kita dok jaga hati2 tu yg kener..hahaha..
kembar tengah ligat yer..heheh..bertambah selim melim lah che kiyah pas ni..

Zakiyah Zainon said...

itu la..ibu bersyukur sebenarnya, walaupun jauh dengan keluarga, tapi masih ada saudara sesama islam yang sudi menolong seprti ahli keluarga sendiri...
duduk di rantauan ni kena pandai bawak diri kan..

Related Posts with Thumbnails