Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, April 15, 2011

Confuse: Jual ke sedekah?


Ibu nak share pengalaman ibu.
Rasanya, ramai yang kat luar sana pun ada pengalaman macam ibu ni.
Kejadian macam ni selalunya berlaku di kawasan parking atau stesen minyak.
Kejadian kali ni berlaku di stesen minyak kat kawasan kediaman ibu.

Begini kisahnya..
Pada suatu hari yang tenang, ibu ke stesen minyak tersebut untuk keluarkan duit.
Ibu dah lama tak isi minyak kat situ. Ibu dah tukar brand minyak sekarang ni.
Rupanya kat stesen tu sekarang dah boleh order gas.
Ibu pun order se-tong gas untuk gantikan tong yang dah kosong kat rumah.
Selalu memang ibu akan buat back-up, simpan extra.
Kot-kot tengah syok-syok masak, gas habis, dah ada spare kan?!

Ok, berbalik la pada kisah yang ibu nak cerita.

Lepas setel bayar, ibu kembali ke kereta. Ibu didatangi seorang pakcik pakistan.
Dia memberi salam dan ibu menjawabnya, wajib kan!
Kemudian dalam bahasa melayu slang pakistan diamerayu ibu membeli barangannya.
Kebanyakkanya hiasan dengan ayat al-Quran untuk digantung dalam kereta.
Ibu menolak dengan baik dengan alasan ibu ada anak kecik.
lagipun, ayat quran tak boleh sepah rata-rata, berdosa.
Dia terus merayu...saya cari makan untuk anak-anak, tolong la...beli la satu.
Bila saya tanya harga, 'seploh' ringgit sahaja.
Saya kata yang murah tak dak ka?
Dia tunjukkan barangnya yang pada ibu memang membazir kalau ibu membelinya.

Dek kerana kasihan, ibu memilih hiasan ini.
Tapi, ibu meminta dia mengurangkan harga, sebab ibu tau modal benda itu tak seberapa pun.
Tak boleh kauuuu! Saya cari makan...tolong la...banyak berkat ni..ya allah..
Tak habis-habis ayat-ayat tu kat mulut dia sambil terus merayu-rayu minta ibu beli.

"Ok...kalau pakcik bagi 7 ringgit saya ambil. Saya pun tak dak duit tapi sebab nak tolong pakcik saya beli"
Muka dia berubah. Kemudian dia 'geleng-geleng' kepala ala-ala mamak selalu buat tu.
Itu tanda ok kan tapi muka masam kelat. Terus diam.

"Ikhlas ke tak ni? kalau tak ikhlas bagi harga ni saya tak beli" ibu mula tegas.
Dia diam. Ibu hulur balik benda tu.

"Saya nampak pakcik tak ikhlas, jadi pakcik ambil balik"
Terus dia tolak benda tu sambil buat ayat - "ambil saja percuma, ikhlas...ikhlas".
Ehhh!! hang ni! Aku nak beli sebab nak tolong dia, dia nak buat drama pulak!
Terus dia blah. Ibu pun keluar kereta, bagi balik benda tu kat dia.
Terus dia ikut ibu ke kereta. "Boleh la...7 ringgit laaa"
Drama sangat hang!!

"Tak pa, saya tak mau beli sebab pakcik tak ikhlas bagi saya harga yang saya minta"
"Saya dah cakap, saya tak mau tapi pakcik paksa, kesian, cari makan untuk anak-anak, sebab tu saya nak beli. Tapi saya pun tak banyak duit. Ini yang saya mampu. Pakcik dah buat macam ni"
Ambik kau kena lecture dengan cik kiyah!
Baru sikit tu.

"Kalau ikhlas, ini 50 ringgit pun orang bagi", dia menjawab sambil tunjuk biji tasbih.
"Itu orang kaya, dia ada duit, dia ikhlas 50..dia bagila. Saya ni kerani, saya ikhlas banyak ni saja, sebab tu saya mintak itu saja. kalau saya bagi lebih pun saya tak redha, buat apa?"
"Saya nak gantung kat mana benda ni? Tapi sebab saya kesian saya beli juga"
panjang lagi ibu nak 'bagi' dia tapi mamat bangla stesen minyak tu dok pi mai-pi mai
sebab salah bagi resit gas.
Lepas ibu bagi duit, pakcik tu pun blah!

Sangat *&^$#% kan!
Dia jual ke dia minta sedekah ekk!?

5 comments:

Nurul said...

kiter bako..kiter bako.! adoi. tuh yang susah org macam nih, dah kata taknak, lepas tuh merayu2 suruh beli..suruh amik. Tapi harga dah fix. Kadang2 tuh bg duit pun tak ikhlas jer...haisy

Faramin said...

mmg ada che kiah org macam ni.saya pernah ada experience,masa tgh makan di food court klcc,ada lelaki tua minta duit nak makan.saya tergamam kejap sebab kt klcc tu,dan seramai-ramai orang,meja saya yang dia pilih.saya buat tak tau mula-mula.dia duduk kat meja saya ada dlm 5 minit tunjuk muka kesian.lepas tu dia pergi.tak sampai 15 minit dia naik semula,dan pergi kat meja saya semula.saya pun bagilah 10 ringgit.memang dia pergi dan yang herannya,dia tak pergi meja lain pun lepas tu.hilang macam tu je.haish.puaslah say dgn kawan saya pk kenapa meja kami yang pilih.saya siap tanya kawan saya u nampak kan orang tu,bukan i je yang nmpk kan.kawan saya cakap,ye lah,i nampak dia lah.hehe.bukan ape,takutlah kan.

Ms.Lilies said...

aku selalu buat bodo je c.kiah....mmg kesian tp kalo pushy sgt aku jd menyampah...sblm aku menyumpah baik aku buat xnampak je dia....huhu kijam gakla aku rasa

Zakiyah Zainon said...

nisri: memang nak bako saja....harga tetap pulak tu dah la tak berbaloi harga dengan barangnya...tak nak beli, kena paksa






fanaz: muka kita ni muka baik kot hehehehe tu yang selalu jadi mangsa





mimi:kadang2 memang kena kejam sikit kan...kalau dak depa ni tak paham bahasa :P

mala said...

selalunya kami buat muka bodo & kering saja kalau jumpa org2 yg sewaktu dgnnya ..

Related Posts with Thumbnails