Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, May 3, 2011

Ibu @ Pesta Buku PWTC

Serabut dengan kerja di opis. Pening dengan gelagat rakan sekerja.
Ibu memutuskan untuk merehatkan kepala dan otak.
Ibu ke Pesta Buku di PWTC Khamis lepas.
Not, librarian (betuika ejaan ni) anjurkan trip ni dan mendapat kelulusan bos.
Ibu, Not, Pah, Raihan, Farhana dan Zeti bersama driver yang setia menanti kami, Fauzi
bertolak jam 8 pagi ke KL.
Pukul 12++ kami ke JPKK dulu di Sri Kembangan. Lepas tu baru bertolak ke PWTC.

1230 kami tiba dan memulakan eksplorasi. Janji 230 kita jumpa di booth AdiPutra.
Hampeh...pukul 3 masih ada di dalam lagi.
Tak cukup time ok!
Sangat banyak booth..sangat banyak buku yang nak dibelek.
Time tu jugak la ibu sakit kepala. Siap pi toilet, muntah-muntah dulu.
Ibu tak banyak beli. Memang ibu tak buat list untuk beli buku apa pun.
Tapi kalau ada yang menarik, ibu akan sambaq saja.
Sebab tujuan ibu ke sana, nak menenangkan minda yang sengkak dengan masalah kerja!

Bukti ibu ada di situ. (muka sembab, tengah sakit kepala!)
Ibu cuma beli sebuah buku tentang kisah Memali dan buku tulisan Wardina.
Berkenan dengan novel-novel yang ada, tapi ibu rasa sekarang bukan masa yang sesuai lagi
untuk ibu membaca novel.
Kat kampung ibu dah banyak collection novel.
Tunggu, mungkin 2-3 tahun lagi, ibu akan mulakan kembali hobi lama ni.
Sekarang ibu lebih berminat untuk membaca buku yang berkisarkan sejarah dan national.

Ibu ke booth CESB. Jengok-jengok kalau-kalau blogger Kak AA ada.
Tapi ibu tau, dia tak dak. Jengok jugak..manala tau kot-kot terjumpa hehehe
Ibu rasa dia bertugas pada hujung minggu saja..betui dak kak AA?

Pukul 4 petang kami bertolak balik ke Pasir Gudang.
Kesian Fauzi, sepanjang masa dia hanya di dalam van menunggu kami.
Parking penuh. Bas beratur sepanjang jalan depan PWTC tu.
Kami berhenti di Seremban, solat dan makan.
Pukul 530, kami memulakan kembali perjalanan.
Pukul 8 malam kami sampai di kolej.
Tahun depan boleh pi lagi tapi lebih afdalnya kita bermalam di sana.
2 hari cukup kot nak tawaf seluruh booth yang ada dengan selesa
tanpa perlu terkocoh-kocoh!

2 comments:

Cik Olive said...

ceh tak kol aku pun....kot tak ble blanjer. aku hari2 tawaf situ dah opis aku atas tu jer kan... :-)

Zakiyah Zainon said...

alamak...aku lupa langsung opis hang kat PWTC...tak pa..lain kali kalau aku pi sana, aku call hang hehehe

Related Posts with Thumbnails