Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, April 16, 2011

Lawatan ke HSI dan HSA..

Selalunya, setiap kali masuk kelas, ibu akan kira bilangan pelajar yang ada.
Kalau cukup, ibu akan bagi salam dan teruskan sesi P&P.
Kalau tak cukup bilangannya, ibu akan tanya - "sapa yang tak dak ni?"
Students pun akan sebutla nama kawan-kawan yang masih belum masuk @ memang tak hadir.

Rabu hari tu, ibu ada kelas macam biasa. Masuk kemudian kira bilangan. "
Tak cukup 3..sapa yang takdak?"
"Sham, puan. Dia masuk hospital"
"Ha? Awat? Jatuh motor lagi ka?".
Sebelum ni Sham pernah tak hadir kelas ibu sebab jatuh motor.
"Tak puan, mata dia merah. Pastu doktor tahan hospital"
"Merah pasai apa?"
"Tak tau puan..doktor kata ada pendarahan dalam mata ke dalam kepala"
"ntah la saya pun tak faham".
"Kesian dia puan. doktor kata..isshhh..." ada kawan-kawan dia yang cuba buat lawak.
"Awak ni....."
Panjang lagi dialog dengan budak-budak tu, tapi malas nak type sebab banyaknya merapu.

Esoknya Khamis, ibu ada kelas dengan kelas yang sama juga.
Ibu tanya lagi pasal Sham yang tak hadir.
"Ntah la puan, saya pun tak tau dia macamana. HP tak bawak"
"Masa saya hantar pi HSI tu, ic pun dia lupa kat mana. Nombor phone dia pun dia tanya saya"
"Dia memang selalu pening puan". Ramai lagi yang menyampuk.
Banyak pulak cerita-cerita yang keluar bila ibu soal dengan lebih panjang.
Isshhh...bahaya ni.
"Dia tak mau bagitau family dia puan. Dia memang macam tu"
"Hantar hopsital tu pun sebab dah 4 kali saya dok bawa di ke klinik. Last2 pi hospital, doktor tahan. Tu pun dia nak balik"

Lagi syahdu, dia sudah kematian ibu. Ayah sudah tua di Kempas, seorangan.
Hanya ada kakak yang rumahnya setaman dengan rumah sewa Sham.
Tapi kawan-kawannya tak tau yang mana satu rumah kakaknya.
Tu yang depa tak dapat nak bagitau satu-satunya saudara terdekat yang dia ada.
Dalam sistem, semua nombor telefon adalah nombor Sham sendiri.
Dengan bantuan Fazli, kakaknya berjaya ibu hubungi melalui perjanjian rumah sewa.
Kakaknya sedikit 'angin'. "Kenapa tak bagitau awal-awal?"
Eh! ibu pun nak 'hangin' jugak..sabauuuu..
Panjang ibu jelaskan, baru suara kakaknya rendah kembali. Baru dia faham kot.
Apa yang ibu kata, biarlah rahsia. hehehehehe

Ibu cuba dapatkan driver dan kenderaan jabatan, tak berjaya.
Call HSI, bahagian pendaftaran kata masih ada di ward.
Roger Fadzli, jom kita jenguk sat. Naik kereta ibu. Jalan keluar, 'keloi' Khalis,
tunang Fazli ikut sekali. Kami bertiga ke HSI.

Hiway PG jem sebab roadblock kat Johor Jaya.
U-turn ikut jalan Giant Plentong sampai jugak ke HSI dengan 10 minit berbaki masa melawat.
Berdesup naik ke wad TNT, tapi katilnya kosong.

Ibu ke ke kaunter bertanya, dan nurse terus berkata "ha...kakak sham dah sampai".
"Oh...bukan..bukan..kami cikgu dia. Macamana dia?"
Tersenyum simpul nurse tu beramai-ramai.
"Kami dah refer dia ke HSA sebab kat sini tak dak pakar".
"Macamana tu condition dia? Serius ka?"
Nurse tu mengangguk-angguk sambil tersenyum kelat. Faham la kan.

"Mula dia tak mau pi sana, semalam kami pujuk dia. Bagitau kalau tak operate nanti mata dia rosak. Baru dia nak".

Terkedu ibu mendengar. Persetujuan bertiga, jom kita ke HSA pulak.
Alang-alang dah keluar ni, biar nampak hasilnya.
Akhirnya sampai ke wad 4Timur (neuro).
2 kali naik turun juga sebab nurse tak catat nama dekat board depan.
Bila ditanya, depa kata tak dak nama yg dicari di situ.
Tuju ke Kaunter Pendaftaran, kata ada, kat katil 10 wad sama. Naik lagi sekali.
"ada....misi tak tulis nama. Tu kat dalam..masuk tengok betul tak."
Hampeehh!

Tertulis kat pintu, setiap pesakit boleh 2 pelawat saja termasuk penjaga.
Kami bertiga masuk selamba. Ngeri ok. Wad neuro.
Sila bayangkan keadaan pesakit-pesakt kat situ.
Bersyukur sangat dengan nikmat sihat yang Allah bagi.

Lecturer penyayang, Sir Fazli 'skodeng' Sham yang nyenyak tidur.
Ibu ngan Khalis kat depan, ambil gambar :P

Kesian tengok dia, memang dah kurus kering. Tak dak saudara mara yang tau.
Mesti tak dak stok makanan apa pun kan.
Ibu sempat capai air minerel, biskut kering dan chipsmore.
Cari roti tak dak. Capai saja apa kat depan mata, kejar masa.

Ibu suruh Fazli kejutkan Sham lepas nampak dia tersangat nyenyak.
Terkejut dia nampak kami kat situ.
Fazli bebel-bebel kasih sayang. Ibu bebel jugak tapi pesan suruh solat.
Khalis pesan rajin makan ubat :D

Saja ibu tanya, "awak kenal tak ni sapa?" - sebab kawan sekelas kata, de bagitau dia nampak hanya 40% saja.
Lawak sangat jawapannya.
"Kenai...cikgu sistem digital"- sambil pejam celik terkebil² nak mengingat nama ibu.
Nampak sangatkan, ibu ni tak glemer di kalangan pelajar.
Cikgu garang la katakan!
hehehehe

Sekian, lawatan sambil belajar ke Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah.

4 comments:

Iena@MaMaJannah&Rizqi, said...

sedih baca citer ni..sian kat students ni..xdak mak,bapak dah uzur,tua..hope kolej komuniti pasir gudang boleh buat kutipan derma utk membantu pelajar ini..terbayangkan muka anak2jika kita tiada nanti....tahniah utk che kiyah ngan geng sebab prihatin..

Huszaini said...

sian dia... moga cepat sembuh laa..

adik saya bulan lepas masuk sini gak.. kena operate buang tumor dia.. memang sayu n ngeri tengok pesakit dalam nih..

Nurul said...

isk. Semoga anak murid tuh cepat sihat. Kesiannya bila dia keseorangan tanpa pengunjung eh? wad neuro memang ngeri. Anak aku dulu pun dok wad neuro la masa ko datang. Macam2 kes aku nampak...kesian betul

Zakiyah Zainon said...

kak iena: memang sedih...tapi geram pun ada kat student ni, tetap berkeras tak nak bagitau sesapa..dia kata sikit saja..padahal mata dia merah putih dia penuh merah (darah)..cuma tak meleleh saja..






huszaini : tu la..kita yang sihat ni bersyukur sangat2 kan..





nisri: masa lawat anak ko tu memang aku tak leh atahan sebab semua budak2...langkah je masuk wad dah meleleh...ni tahan la jugak sebab orang2 dewasa kan....tapi tetap simpati

Related Posts with Thumbnails