Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, April 19, 2011

Rombongan Che Kiyah ke IKEA Singapore!

Lawatan ni berlangsung Jumaat minggu yang sudah-sudah.
Bila tarikhnya, ibu malas nak check calender.
Alaa....minggu yang ibu beli saham Bank Rakyat tu.
2-3 hari sebelum tu masa keluar dengan Kak Yani, dia ada tanya ibu singgah IKEA dak?
Ibu kata tak sempat sebab masa habis kat bengkel motor saja.
Ibu terus ajak "Jom, Jumaat ni kita pi. Ambik cuti".
Kak Yani terus ok. Tak pi tak pasti-pasti lagi sebab tak tanya husband dia.
Kena pulak Khamis tu ibu cuti sebab pengasuh ada kematian, Jumaat sambung cuti.
Paginya ke opis macam biasa. Huh! Sungguh banyak kiriman yang diterima.
Yang confirm ikut Kak Yani saja sebab dia ada pasport.
Masa keluar sarapan, Hayah tetiba nak ikut sebab dia ada pasport.
Ibu on saja, asal ada pasport, sapa pun ibu bawa. Dia call hubby dia dan terus apply cuti.
Ok, ini baru la betul-betul rombongan Che Kiyah ok!

Ahli rombongan Che Kiyah termasuk ketua rombongannya.
Ni masa mula-mula jejak kaki kat sana.

Maka mula la kami berpusing-pusing seluruh IKEA.
Kak Yani dengan kyusuknya meneliti tiap-tiap satu barang.
Maklumla, dah lama dok simpan hajat.
Bila dah sampai, harusla diteliti dengan penuh kasih sayang hehehehhe

Ibu terus saja pada section yang ibu suka. Kang tak cukup masa.
Kat IKEA ni satu hari suntuk pun rasa tak cukup.
Kalau boleh, semua benda nak belek satu per satu.
Ayah dah pesan, sila berada di check point sekurang-kurangnya pukul 4 petang.
Kalau lewat, sangkut jem! memang menangis!
Ibu janji dengan ayah, pukul 3 ibu dah ada kat JB :P

Habis tawaf tingkat atas, turun ke market hall pulak. 2 trolley dah penuh dengan pesanan Ina.
Set Antonius tu tebal dengan bekas plastik nya.
Barang ibu lagi, Kak Yani lagi, Hayah sungguh tahan diri tak perabih duit!

Nampak ahli rombongan dok diskas kat section periuk belanga.
Bukan main depa dok memilih. Pilih...pilih...jangan tak pilih hehehehe

Ibu cepat-cepat ingatkan ahli rombongan untuk cepat. Ibu tak terbayang lain, jem saja!
Sungguh ngeri ok! Dah lama tak sangkut jem yang memang gila!
Bayar segala bagai, ibu register jadi member. Masa tu ada offer beli S$180++ dapat voucher makan S$20.
Ambik saja, valid setahun. Nak makan hari tu macam tak dak.
Kesian pulak kat ahli rombongan, janji nak bawak makan kat Changi Village, tapi takut kandas dalam jem terus saja memecut balik.
Hala yer Hayah, ahli rombongan yang sudi 'tuang' minyak untuk kereta ibu.

Ambik! 2 Troley.
Items yang kecik2 tak nampak sebab dah dimasukkan dalam bekas plastik yang besar.
IKEA tak sediakan plastik beg tau. Kalau nak pi, kena bawa beg recycle tu.
Kena cukai ok! Semua barang dapur, besi, plastik ada cukai.
Yang tak kena cukai barang kayu! Hampehh. Tak boleh nak sembunyi kat mana dah,
bekas-bekas plastik tu bersusun-susun kat seat belakang.
Cukai 30% dari resit. Beli dalam dollar tapi bayar 30% dengan RM.
Jimattttt...

Berdesup balik ke Johor. Plan nak makan kat sini..kat situ, semua cancel sebab ibu tengok
keadaan JB yang makin nak jem.
Terus pecut, akhirnya solat dan makan kat Tecso Seri Alam...
hahahahahahaha
tak habis time kerja, kami dah sampai ke pejabat!

Kesian ahli rombongan che kiyah.
Mintak maaf yer, lain kali kita keluar awai lai. Baru puas hati nak dok lama-lama kat sana.


6 comments:

Huszaini said...

wahh! terrell jalan singapore ekk!! macam best jer pergi ikea singapore.. lain kali pergi ikea malaysia lak!

nanne_manja said...

huhhh..tarak kisah makan kat malaysia..lagi murah..kalo makan kat singapore, kepala otak nie asyik darab ngan 2.4 aja..hehehe ..mahal jadinya kalo makan kat singapore :D ..kepada kawan-kawan yang tak der pasport, sila jeles ehhh :P

wiznie's BLOG said...

jeles tahap gaban nih...ekekeke...
sronotnye...kalo i p..byk borong nih..abehla duit denn..huhu

jijah said...

Pasni rombongan ikea damansara eh, bila zaman la aku nak wat passport nih.. Jom kita wat rombongan wat passport beramai2 dulu, pastu baru on semula rombongan ke singapore.

ina said...

tq kepada ahli rombongan yang sudi membawa barang2 kiriman i..hihi..blh kirim lagi pasni..mmuahhh..

miss $h0rty said...

Akak nk tnya,sya xpaham part cukai tu.leh akak explain detail sket?sya plan nk plan nk g bli katil.berbalo x pda pandangan akak?kt kl 4rtus lebey.kt singapore 119 dolar lebey krg.saya duduk kulai.klo xmuat kreta maybevkna ambk home delivery.slain tu ada cost lain if kta g singapore?

Related Posts with Thumbnails