Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, May 1, 2011

cukai oh cukai

Semua dah setel isi borang cukai?
Tak kisahla online atau menggunakan borang.
Ibu dah isi dan dah selesai tuntutan.

Mula saja LHDN buka untuk cukai pendapatan perseorangan, ibu terus isi.
Tapi banyak masalah juga mula-mula tu.
Bila sampai page last sekali, sistem akan suruh ibu fill up page mula-mula.
Page yang isi maklumat diri, alamat segala bagai tu.
3 kali ibu buat, bila sampai page last, masalah yang sama muncul.
Walau berkali-kali ibu dah save, masalah tetap sama.
Ibu call LHDN untuk bantuan dan depa reset balik password untuk ibu.
Lepas tu terus ok.

Tanpa perlu menunggu lama, ibu submit saja semua secara online.
walaupun tarikh akhir 30 April, ibu dan setel awal bulan lagi.
Resit semua ibu dah clip sekali, masuk dalam fail.
Semua kena simpan ok...untuk tempoh 7 tahun.

Dalam 2 minggu lepas tu, ibu dah dapat cek dari LHDN.

Dah selamat di bank in kan pun!
Alhamdulillah....

No comments:

Related Posts with Thumbnails